Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Mula Dengan Tandas T20?” – Netizen Kritik Tuala Wanita Percuma Dimulakan Di Pejabat Menteri

Trending

“Kenapa Mula Dengan Tandas T20?” – Netizen Kritik Tuala Wanita Percuma Dimulakan Di Pejabat Menteri

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa baru-baru ini mengumumkan akan memulakan inisiatif pemberian tuala wanita percuma bermula di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu di tandas pejabat menteri.

ADVERTISEMENT

Menerusi sedutan video yang dimuat naik Astro Awani, Dr Zaliha berkat inisiatif pertama yang diambil ini walaupun nampak kecil tapi impaknya sangat besar.

Beliau memberi contoh di negara Scotland yang mempunyai polisi yang khusus untuk menangani masalah kemiskinan haid rakyat.

Mula di tandas pejabat menteri

Pengumuman yang dibuat itu ternyata telah mengundang pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata mempersoalkan mengapa inisiatif ini dimulakan di tandas pejabat menteri yang menurut mereka tak selari dengan objektif membantu golongan kurang berkemampuan.

Netizen mencadangkan KKM memulakan ‘pilot project’ ini di sekolah-sekolah, pedalaman atau kawasan-kawasan miskin bandar untuk melihat keberkesanannya.

Netizen tak setuju

Tak kurang juga berpendapat netizen perlu bersabar kerana ini hanyalah permulaan. Di masa akan datang mestilah inisiatif ini akan tertumpu kepada golongan tak mampu pulak.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas