Connect with us

Oh! Media

Keluarga Tak Setuju Dengan Pilihan Abang Viva, Dedah Kakak ‘Remove’ Dari Group Whatsapp

Trending

Keluarga Tak Setuju Dengan Pilihan Abang Viva, Dedah Kakak ‘Remove’ Dari Group Whatsapp

Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar tampil menjelaskan situasi di mana dia didakwa membelakangkan keluarga ketika bernikah baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Dakwaan itu hangat diperkatakan apabila kakaknya sendiri memuat naik satu hantaran di Facebook. Tetapi hantaran itu telah dipadam tak lama kemudian.

Menerusi sesi langsung malam tadi, Abang Viva meminta maaf di atas kekeliruan dan salah faham yang telah tercetus.

Katanya, majlis pernikahannya dan isteri berlangsung pada 14 Oktober lalu secara tertutup tetapi bukanlah tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Nafi nikah tanpa pengetahuan ibu bapa

Abang Viva turut menunjukkan bukti nota selamat pengantin baru yang ditulis ibu khas buat dirinya pada 13 Oktober.

abang viva nikah

Abang Viva turut menafikan dakwaan tak beritahu niatnya berkahwin kepada ibu bapa. Dia telah beritahu ayah sebanyak tiga kali, ibu pula sebanyak lima kali. Kali terakhir dia bagitahu ibu mengenai dia akan nikah pada 12 Oktober.

Cuma dorang tak bersetuju sangat dengan calon saya pilih. Itu je. Mungkin silap saya sebab saya teruskan juga dengan pilihan saya. Itu kesilapan saya sendiri.

Tapi untuk pengetahuan semua, bukan tanpa pengetahuan ibu ayah.

Menurutnya, cadangan awal mereka bernikah pada bulan Disember namun atas sebab-sebab tertentu seperti banjir mereka mempercepatkan tarikh nikah ke Oktober.

Pada 15 Oktober selepas nikah, Abang Viva ada hantar gambar dan video nikah kepada ibu melalui Whatsapp. Oleh itu, Abang Viva menegaskan dia kahwin bukanlah tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Kakak ‘kick’ keluar daripada group Whatsapp keluarga

abang viva nikah
Foto: @aziziang

Kata Abang Viva lagi, dia dikeluarkan daripada group Whatsapp keluarga semasa turun ke Baling untuk bantuan banjir sekitar Mei dan Jun lalu oleh kakaknya sendiri.

Mengenai persoalan mengapa ibu bapa tak datang pada majlis akad pula, Abang Viva berkata ibu bapanya ada masalah kesihatan ketika itu dan tarikh nikah sudah ditetapkan oleh pejabat agama tak boleh ditunda lagi.

Abang Viva menganggap ini ujian selepas berkahwin dan inilah ‘harga’ yang dia perlu bayar selepas apa dia dapat secara percuma selama ini (dapat viral, dapat nama, dapat kereta, dapat pingat).

Abang Viva mengakui ibu bapa nombor 1 tetapi dia tak mahu cerita lebih lanjut bimbang terbuka aib. Dia tak mahu jadi seperti ‘pihak sana’ yang membuka aib sendiri.

Mungkin ini adalah petunjuk yang Allah nak bagi, dia sendiri yang membuka peluang untuk orang luar cari kesalahan dia. Tengok sendiri dia macam mana, dia sendiri yang tulis benda tu.

Semua saya dah bagitahu mak ayah saya, sejak minggu lepas lagi sebelum saya nikah. Kenapa selepas 14hb hingga semalam takde isu, padahal ramai yang dah tahu saya dah nikah? Dekat situ pun semua boleh tengok.

Ada satu posting berkenaan dengan dia Whatsapp sendiri dengan salah satu admin page terkenal. Saya ada baca juga, dekat situ dah nampak sendiri macam mana orang dalam circle saya sendiri, yang betul-betul saya percaya hentam saya daripada belakang. Saya ada screenshot benda-benda tu, dia ibarat play victim.

Abang Viva berharap isu melibatkan keluarganya dapat diselesaikan secara tertutup selepas ini.

Kredit: Facebook Azwan Omar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas