Trending
Keluarga Nekad Teruskan Saman, Rupanya Tiada Mana-Mana Pelaku Datang Mohon Maaf
Keluarga kepada lelaki OKU yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu mendedahkan tiada seorang pun pelaku tampil memohon maaf di atas apa yang berlaku.
BACA: Lelaki OKU Didakwa Hampir Terlanggar Budak Sebelum Diterajang
Isteri mangsa, Faridah Abdul Karim dalam laporan Sinar Harian meluahkan rasa kekecewaan dan nekad dengan tindakan saman ke atas semua pelaku.
Keluarga trauma, sukar tidur malam

Katanya, keluarga mereka kini hidup dalam trauma, malah Faridah sendiri sukar tidur malam akibat insiden itu.
Sehingga kini tiada yang datang berjumpa untuk memohon maaf kepada kami sekeluarga, cuma saya ada terima panggilan telefon salah seorang daripada mereka.
Ujar Faridah lagi, sebagai seorang isteri dia tidak bersedia dan tidak sanggup untuk berdepan dengan pelaku yang telah menganiaya suaminya.
Tidak akan tarik report, teruskan saman

Sukar untuk saya maafkan dan tidak sesekali maafkan kerana mereka bertindak di luar batas kemanusiaan, sedangkan suami saya telah berkali-kali minta maaf.
Difahamkan, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin sempat membuat lawatan ke rumah keluarga mangsa.
Semasa lawatan, Ahmad Zahid membuat panggilan video dan menyampaikan pesanan agar keluarga ini terus tabah menghadapi ujian.
Ahmad Zahid turut bersimpati dengan kejadian itu selepas menonton video tular berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan insiden tersebut.
#OhmediaNasihat
Sudah semestinya kejadian meninggalkan kesan emosi mendalam kepada keluarga mangsa. Apatah lagi apabila video mengenai kejadian tular di media sosial. Semoga keluarga ini dapat menuntut keadilan bagi pihak mangsa.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM