Connect with us

Oh! Media

Kelantan Dapat RM400 Juta Daripada Hasil Petroleum?

tengku zafrul

Trending

Kelantan Dapat RM400 Juta Daripada Hasil Petroleum?

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan Kelantan memperolehi peruntukan sebanyak RM400 juta daripada hasil petroleum bagi tahun 2020 dan 2021.

ADVERTISEMENT

BACA: Tengku Zafrul Sambut Ulang Tahun Anak Ke-10, Netizen Pula Minta RM10K KWSP

Menerusi laporan Malaysia Kini, Tengku Zafrul tidak boleh mengulas lanjut mengenai peruntukan yang diberikan itu, sama ada ianya royalti ataupun wang ihsan kerana melibatkan perundangan.

Lima peratus daripada hasil pengeluaran

Menurut Tengku Zafrul, jumlah yang diperoleh itu merangkumi lima peratus daripada hasil pengeluaran medan-medan yang berhampiran dengan negeri itu.

Apa yang penting peruntukan secara langsung diterima sebelum 2019 berjumlah RM28 juta, di bawah kerajaan sekarang, kita salurkan RM200 juta pada 2020 dan 2021 kepada Kelantan iaitu lima peratus, kita tak ambil satu sen pun.

Tengku Zafrul juga menyatakan tidak boleh mengulas lanjut kerana peruntukan yang diberikan ini membabitkan isu perundangan.

Itu terpulang kepada undang-undang, saya tak boleh jawab. Saya fokus kepada peruntukan.

Tengku Zafrul menekankan bahawa sebelum ini, tiada sebarang peruntukan disalurkan buat negeri Kelantan dan potongan dibuat untuk pembayaran balik hutang kerajaan negeri tersebut.

Apa-apa nak bagi dia potong dulu sebelum ini. Justeru penyaluran pada 2019 contohnya, hanya RM28 juta. Di bawah kerajaan persekutuan sekarang, pembayaran dibuat secara langsung kepada kerajaan negeri dan 100 peratus disalurkan.

Dengan itu penyaluran ini meningkat berlipat kali ganda daripada RM28 juta. Pada tahun lepas (2021) RM200 juta dan tahun sebelum itu pada 2020 juga RM200 juta. Terpulang kepada hasil petroleum semasa.

Itulah penjelasan daripada Tengku Zafrul. Banyak juga peruntukan yang kerajaan Kelantan dapat kali ini kan? Agak-agak rakyat dapat apa? Haha.

Kredit: Malaysia Kini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas