Connect with us

Oh! Media

Kedai Dipecah Masuk, Pemilik Kedai Beri Duit Belanja Kepada Pencuri

Artikel 6 1611

Trending

Kedai Dipecah Masuk, Pemilik Kedai Beri Duit Belanja Kepada Pencuri

Kejadian di Bekasi Indonesia, seorang wanita bersama anaknya yang masih kecil ditahan oleh polis kerana mencuri sejumlah wang di kedai beras di Mustikajaya, Bekasi. Pemilik kedai itu telah memberinya sejumlah wang untuk meneruskan kehidupan.

BACA: Tular ‘Security’ Hilang Ketika Kejar Pencuri, Ayat Pertama Semasa Ditemui Cetus Tanda Tanya

Menerusi laporan Utusan, Ahmad Harianto, jurucakap polis mengatakan bahawa perbuatan wanita itu diketahui kerana dirakam kamera litar tertutup yang ada di kedai beras tersebut.

IKLAN

Pengusaha kedai bersimpati pada wanita itu dan memaafkannya

Pemilik Kedai
Tangkap layar kamera litar tertutup Foto Utusan

Menurut Utusan, wanita itu telah memecah masuk kedai beras itu sewaktu pemiliknya sedang tidur. Suspek kelihatan ketakutan semasa mencuri wang yang dimasukkan ke dalam beg palstik.

Wanita itu ditahan oleh pemilik kedai di sebuah pasar sebelum dibawa ke balai polis.

Suspek mengakui perbuatannya dan memohon maaf kepada tuan kedai beras itu. Dia juga memaklumkan dia terpaksa mencuri kerana desakan hidup. – Harianto

Harianto memberitahu, pengusaha kedai itu kemudiannya memaafkan wanita tersebut dan tidak mahu dia dikenakan sebarang hukuman. Paling terharu, pengusaha kedai itu memberikan sejumlah wang untuk digunakan beli barangan keperluan.

Pemilik kedai beras itu berasa simpati melihat keadaan wanita itu bersama anaknya.

Sehubungan itu, dia memberikan sedikit wang kepada mereka untuk membeli barangan keperluan. – Harianto

Mulia sungguh hati pengusaha kedai ini. Biasanya tuan kedai akan terus menghukum pencuri tanpa mengetahui sebab sebenarnya mereka lakukan tindakan itu. Semoga dimurahkan rezeki pemilik kedai beras itu.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas