Connect with us

Oh! Media

Kedai Bayar Balik Ganti Rugi RM34k Pelanggan Lepas Dikritik, Akui Silap Tak Letak ‘Pagar’

Trending

Kedai Bayar Balik Ganti Rugi RM34k Pelanggan Lepas Dikritik, Akui Silap Tak Letak ‘Pagar’

Baru-baru ini viral di media sosial, seorang kanak-kanak secara tidak sengaja menjatuhkan patung Teletubbies yang dipamerkan di sebuah kedai mainan di Hong Kong.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu menyebabkan ibu bapa perlu membayar ganti rugi sebanyak RM34,000. Menerusi rakaman kamera litar tertutup, kanak-kanak itu dilihat bersandar sebelum patung jatuh lalu pecah.

Insiden ini mengundang pelbagai reaksi termasuk kecaman daripada warganet. Ramai yang berpendapat pihak kedai turut bertanggungjawab.

Bagi mainan yang mahal, warganet mencadangkan pihak kedai supaya mempamerkannya di dalam cermin atau meletakkan pagar di sekelilingnya.

Menerusi laporan bastillepost, pengurus kedai mengakui silap dan pihaknya telah menyimpan kesemua patung yang tingginya lebih 1 meter, atau mainan yang sebelum ini diletakkan di bawah tanpa sebarang perlindungan ke tempat yang selamat.

Kaizhile International yang merupakan syarikat induk kepada kedai mainan itu memohon maaf kepada keluarga mangsa di atas kesulitan yang berlaku. Pihaknya juga telah membuat bayaran balik secara penuh kepada keluarga tersebut.

Syarikat itu menegaskan bahawa mereka sangat menghargai pendapat yang diberikan para pelanggan.

Kredit: Twitter | bastillepost.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas