Connect with us

Oh! Media

Keadaan Di Gaza Tidak Menentu, TPM Nasihat HM4P Pulang Dulu Ke Malaysia

Trending

Keadaan Di Gaza Tidak Menentu, TPM Nasihat HM4P Pulang Dulu Ke Malaysia

Bermula 19 Jun lalu, seramai lima anggota “Humanitarian Mission 4 Palestine” (HM4P) telah berlepas ke Jordan untuk misi kemanusiaan di Al-Quds dan Gaza. Diketuai oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, misi selama dua minggu itu bertujuan untuk menyatakan solidariti rakyat Malaysia dan UMNO kepada warga Palestin.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi video konferensi bersama HM4P menasihati pasukan itu untuk pulang dahulu ke Malaysia berikutan keadaan Gaza yang tidak menentu. Difahamkan pasukan tersebut sekarang ini berada di Kaherah, Mesir.

Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi, setiap orang ada pengorbanannya, di dalam pengorbanan juga pasti ada ujiannya. Tetapi Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, dia mengetahui setiap pengorbanan seorang insan.

Semoga setiap usaha dan pengorbanan itu dijadikan asbab kebahagiaan yang dapat untuk semua.

Menurut beliau, pasukan itu akan dibenarkan semula ke Gaza apabila keadaan di sana kembali stabil. Ujar beliau lagi, di sebalik pengorbanan seseorang pasti ada ujian yang perlu dihadapi. Namun, Allah SWT pasti lebih mengetahui segala pengorbanan yang telah dilakukan mereka.

Kredit: Bernama, Ismail Sabri Yaakob

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas