
Trending
Kantoi Pura-Pura Suntik Vaksin, Seorang Jururawat Ditahan!
Oleh
Kejadian di Palermo, Itali, seorang jururawat didakwa berpura-pura menyuntik vaksin Covid-19 kepada pasangan suami isteri di salah sebuah pusat vaksinasi.
BACA: Selain Vaksin, Ini Dua Rawatan Covid-19 Yang Diluluskan WHO
Menerusi laporan Sinar Harian, jururawat wanita itu ditahan bukan sahaja kerana pura-pura menyuntik vaksin, tetapi bersalah kerana mengeluarkan sijil vaksin palsu dan membuat pembaziran bekalan vaksin.
Kesan lebih ramai jururawat yang tak bertanggungjawab

Pada Disember lalu, terdapat seorang jururawat ditahan atas perkara yang sama. Buat masa ini, pihak berkuasa akan menjalankan tugas untuk mengesan lebih ramai jururawat yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Jururawat wanita ini ditahan beberapa hari selepas seorang lagi jururawat lelaki ditahan atas kesalahan yang sama. Dia dituduh telah menerima rasuah dan berpura-pura menyuntik vaksin kepada 50 individu.
Itali telah membuat keputusan untuk menghadkan aktiviti sosial buat individu yang belum terima suntikan vaksin Covid-19.
Semoga semua jururawat yang tidak bertanggungjawab atas tugasan mereka ditahan dan dikenakan hukuman yang setimpal.
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
