Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak Kantoi Buat Aksi Lucah Di Tempat Tersorok

876527c7 172f 49ad bffa d889ea5de9e5

Trending

Kanak-Kanak Kantoi Buat Aksi Lucah Di Tempat Tersorok

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi mengenai satu situasi yang dialaminya bersama isteri ketika berada di sebuah tempat permainan kanak-kanak.

Dalam hantaran itu, lelaki itu telah menyaksikan gelagat dua orang kanak-kanak yang difahamkan merupakan kakak dan abang sedang bermain di kawasan itu.

Kemudian, isteri lelaki itu telah ternampak si adik lelaki membawa kakaknya ke satu ruang yang sunyi sebelum melakukan aksi lucah.

IKLAN

Si adik yang tersedar dirinya diperhatikan kemudian terus lari bersembunyi di belakang tiang dan si kakak pula hampir menangis apabila diperlakukan sedemikan rupa.

Terkesima dengan perbuatan itu, isteri lelaki tersebut terus menghampiri si kakak dan menenangkan keadaan dan turut memanggil kanak-kanak lelaki yang melarikan diri untuk diberi nasihat.

Dakwa lelaki itu, ibu bapa kedua kanak-kanak tersebut tidak berada di kawasan permainan ketika kejadian berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut terkejut kerana tidak menyangka kanak-kanak kecil sudah memahami perlakuan dan perbuatan seks orang dewasa.

Rata-rata berpendapat penggunaan gajet seperti telefon bimbit juga mendorong kepada perlakuan kanak-kanak yang dikatakan terlebih ‘advance’ kala ini.

Kredit: Mohd Zakey Bin Ramlee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas