
Trending
Kanak-Kanak Dipukul Dengan Tukul Meninggal Dunia Selepas Seminggu Bertarung Nyawa
Muhammad Ammar, meninggal dunia selepas seminggu bertarung nyawa akibat dipukul tukul oleh bapa saudaranya.
Selepas seminggu bertarung nyawa, kanak-kanak tujuh tahun Muhammad Ammar Muhammad Badrul menghembuskan nafas terakhir jam 3.02 petang di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).
Memetik laporan Buletin TV3, Muhammad Ammar sebelum ini parah dipercayai dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, Bachok
Ibu bapa reda dengan pemergian anak sulung

Berita sedih itu dikongsikan ibu bapanya, Muhammad Badrul Rameli dan Nur Ayuni Mohd Kamarulzaman, menerusi status WhatsApp petang ini.
Assalamualaikum, anak saya Muhammad Ammar da (dah) kembali ke negeri asal…sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan sepanjang anaknya dirawat.
Sementara itu, ibu mangsa berkongsi bahawa mereka sekeluarga sudah dimaklumkan doktor agar bersedia dengan segala kemungkinan selepas jantung Muhammad Ammar terhenti kira-kira 14 minit semalam.

Pssttt! Tragedi ini cukup memilukan apabila seorang kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa keganasan ahli keluarga sendiri. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan keluarga tabah menghadapi ujian berat ini.
Kredit: Harian Metro | Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
