Connect with us

Oh! Media

“Kamu Janji Selalu Disampingku” – 5 Tahun LDR Dah Siap Beli Rumah, Tiba-Tiba..

tiktok 1

Trending

“Kamu Janji Selalu Disampingku” – 5 Tahun LDR Dah Siap Beli Rumah, Tiba-Tiba..

Pasangan yang bercinta sudah tentu memasang impian untuk mendirikan rumah tangga. Ada pasangan yang mengumpul wang bersama-sama demi menyempurnakan majlis nikah yang diidamkan. Bagi si lelaki pula, mereka bekerja keras menyediakan wang secukupnya sebagai persediaan berkahwin.

BACA: Viral Video Lelaki ‘Patah Hati’, Tunang Nak Kahwin Dengan Orang Lain

Namun, jodoh, rezeki, ajal dan pertemuan sudah menjadi rahsia Allah SWT. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Allah SWT jua yang melaksanakan.

IKLAN

Seperti perkongsian lelaki ini di TikTok, usaha keras selama lima tahun sia-sia apabila kekasihnya berkahwin dengan orang lain. Sepanjang lima tahun bercinta, mereka hanya bertemu selang dua bulan kerana tinggal di negeri yang berbeza.

renovate

Walau bagaimanapun, dia sebagai lelaki serius dengan hubungan dan sudah membeli sebuah rumah untuk didiami selepas berkahwin nanti. Dia bekerja siang dan malam mengumpul wang ubahsuai rumah seperti yang dipinta kekasih.

tiktok4

Entah di mana silapnya, kekasih tiba-tiba tidak membalas mesej dan bertindak memutuskan hubungan selepas didesak. Malah, kekasih menyuruhnya untuk mencari wanita yang lebih baik sebelum nombor telefon disekat.

@rakafathoni

Semoga kamu bahagia 😔

♬ happier – Olivia Rodrigo

Lelaki ini juga menerima mesej daripada kakak kekasih memaklumkan adiknya akan berkahwin dengan orang lain pada keesokan hari. Kakak turut memberikan bukti foto nikah adik agar lelaki ini ‘move on’. Pedih!

Walaupun kecewa, lelaki ini tetap mendoakan semoga insan yang pernah disayanginya itu bahagia. Dia turut berterima kasih kerana telah memberikan kenangan terindah selama 5 tahun bersama.

Kredit: TikTok @rakafathoni

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas