Trending
Viral Video Lelaki ‘Patah Hati’, Tunang Nak Kahwin Dengan Orang Lain
Di TikTok, viral rakaman video memaparkan seorang lelaki sedang patah hati apabila mendapat tahu tunang akan berkahwin dengan orang lain.
BACA: Pemuda Putus Cinta, Tiba-Tiba Masuk Pejabat JAWI Sambil Zikir Dan Mengaji
Dalam video berdurasi 19 saat yang dikongsi pengguna @_doreyzz itu, rakannya dilihat termenung memandang telefon bersendirian.
@_doreyzz Kawan dapat tau tunang dah nak kahwin dengan orng lain😌#anakrantau #pergikeranatugaspulangkeranacinta #Tenang
♬ original sound – SHAFIQMANAN
Dia tetap tabah dengan dugaan yang datang. Semoga baik-baik aja kawan.
Lelaki yang masih dalam pakaian kerja itu walau bagaimanapun hanya mampu tersenyum. Rakannya turut dilihat mengambil berat dengan memberikan kata-kata semangat.
@_doreyzz Reply to @adhamafiq25 dia okay ja bang 😊@_amalgreat ni orng dia bang
♬ Terima Kasih – IamNeeta
Ketabahan yang ditunjukkan lelaki itu telah mendapat reaksi positif daripada pengguna media sosial. Dia dipuji langsung tidak menunjukkan isi hati yang diyakini sedang terguris.





Orang ramai turut mendoakan semoga lelaki ini menemui pengganti yang lebih baik. Mereka tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan putus cinta sedangkan dia sedang sibuk bekerja untuk menghalalkan pasangan.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 491,900 tontonan dan 54,700 tanda suka di akaun TikTok miliknya
Kredit: TikTok @_doreyzz

