
Trending
Bapa Tampil Umum Jocelyn Chia Dibuang Keluarga, “Kami Gagal Besarkan Dia”
Oleh
Sebelum ini kami ada melaporkan yang pelawak, Jocelyn Chia menyindir tindakan rakyat, kerajaan dan media Malaysia ke atas isu kumpulan The 1975. Katanya, Malaysia hanya menggunakan isu seperti itu untuk jadi terkenal di peringkat antarabangsa.
BACA : Jocelyn Chia Sindir Dan Anggap Reaksi Malaysia Tentang Isu Kumpulan The 1975 Berlebihan
Terbaru! Terdapat satu hantaran di Twitter yang dipercayai adalah bapa kepada Jocelyn iaitu Anthony Chia tampil mengumumkan satu keputusan yang besar. Apa pula kalini?
Anthony mengumumkan bahawa dia dan isteri tidak lagi mengiktiraf Jocelyn sebagai anak mereka sehinggalah mereka berdua meninggal dunia.
I publicly announce here for the first time, me and my beloved wife Shirley will disown our daughter @JocelynChia from here onwards till the day of our death.
— Anthony Chia Whye Liang (@achiawhyeliang) July 22, 2023
Her doing was my total failure in raising her to be a better person for society. The public deserved better then this.
Untuk pertama kali secara umum, saya dan isteri, Shirley tidak mengiktiraf Jocelyn Chia sebagai anak kami dari hari ini sehingga hari kami mati.
Perbuatannya adalah petanda kami gagal membesarkan dia untuk menjadi orang yang berbakti kepada masyarakat. Masyarakat lebih berhak menerima lebih baik daripada ini.
Jocelyn yang kini menetap di luar negara itu mula mendapat perhatian rakyat Malaysia gara-gara lawak berkaitan MH370 ketika mengadakan persembahan pentas di sebuah lokasi.
Kredit: Twitter
