Connect with us

Oh! Media

kamal adli

Oh! Artis

Kamal Adli Masih Trauma Tetapi Mahukan Jawapan, Sedia Berjumpa Penyerangnya

Pelakon Kamal Adli akui masih trauma dengan insiden yang menimpanya pada Jualan Mega Hari Raya yang berlangsung di Dewan 5a Ekspo Singapura pada Mac lalu.

Pelakon yang berusia 37 tahun itu berkata, dia sudah bersedia untuk kembali ke Singapura bagi memberi keterangan dan membantu siasatan di mahkamah.

IKLAN

Tambahan, pemilik nama Ahmad Kamal Muhammad Adli juga mahu jawapan dan kepastian mengenai punca sebenar serangan itu dilakukan oleh individu terbabit.

Memang saya tak mahu pergi ke sana buat sementara waktu sebab trauma tu masih belum hilang. 

Tapi sebagai mangsa jika kenyataan saya diperlukan saya bersedia untuk membantu supaya pelaku tersebut menerima hukuman setimpal dengan perbuatannya.

Dalam pada itu, Kamal juga memberitahu dia masih lagi tidak berpuas hati terhadap individu terbabit dan sempat bertanya kepada penyerangnya mengapa dia bertindak sedemikian.

Walau bagiamanapun, individu yang menyerangnya hanya diam dan pihak polis tidak dapat menerangkan isu terbabit secara terperinci.

Saya tidak berpuas hati kerana ketika saya dipukul saya ada tanya sebab apa saya dipukul tapi penyerang itu senyap. Dan pihak polis juga tidak menjelaskan secara terperinci mengenai hal terbabit dan hanya memaklumkan ia hanyalah berkaitan isu peribadi.

Malah, Kamal juga memaklumkan insiden tersebut memberi impak yang besar terhadap kehidupan kerjaya seninya dan takut apabila berada di tempat umum.

Rasanya sangat tidak seronok disebabkan saya lebih banyak berkurung di rumah. Saya pula jadi macam suri rumah, isteri keluar bekerja. Sepanjang dua bulan ini saya terpaksa lupakan beberapa tawaran kerja yang telah dipersetujui.

Sebelum ini, Kamal diserang oleh seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi di Singapura sehingga mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan.

BACA: Kamal Adli Diserang Penjenayah Singapura Dengan Cota Di Kepala Berkali-Kali

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas