×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Tular Mengenai ‘Lagu Raya Judi’, 13 Individu Ditahan Bantu Siasatan

Oh! Tidak

Tular Mengenai ‘Lagu Raya Judi’, 13 Individu Ditahan Bantu Siasatan

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai dua buah video yang berdurasi 2 minit dan 3 minit mengenai lagu raya tetapi mempromosikan judi, Setakat ini, seramai 13 individu telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan .

Baca: Polis Siasat Video Raya Promosi Judi Dalam Talian

Menurut laporan Kosmo, perkara ini telah disahkan sendiri oleh Timbalan Pengarah (Risikan/ Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Dev Kumar pada sidang akhbar di Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.

Timbalan Pengarah (Risikan/ Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Dev Kumar 

Dev berkata, daripada tangkapan itu, sembilan individu telah ditahan bagi kes berkaitan iklan pertama, manakala empat individu yang lain melibatkan iklan yang kedua.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1955 dan Akta SKMM.

Menurut laporan, mereka yang ditahan adalah dalam kalangan pelakon dan penerbit video iklan kontroversi berkenaan yang mana perintah tahanan reman bagi 13 individu ini akan berakhir esok.

Tangkapan layar berkaitan lagu raya yang mempromosikan judi yang tular di media sosial baru-baru ini

Buat masa ini, kami masih lagi mengesan dalang sebenar di sebalik pembikinan video iklan itu. Kami juga tidak dapat sahkan sama ada syarikat judi dalam talian itu berpusat di Malaysia atau luar negara.

Video iklan raya yang mempromosikan syarikat judi itu kini menjadi pendebatan netizen kerana kandungan video tersebut yang jelas tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia yang segelintirnya beragama islam dan berharap perkara ini tidak lagi berulang.

Kredit: Kosmo!

ADVERTISEMENT

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top