Connect with us

Oh! Media

“Kalau Solat Saya Tanggalkan La” – Fuad Rahman Tampil Jelas Isu Memakai Subang

fuad rahman

Oh! Artis

“Kalau Solat Saya Tanggalkan La” – Fuad Rahman Tampil Jelas Isu Memakai Subang

Penyanyi Fuad Rahman tampil memaklumkan dia akan menanggalkan subang yang dipakai kedua-dua belah telinganya apabila dia mahu menunaikan solat.

ADVERTISEMENT

Menurut penyanyi berusia 43 tahun itu berkata, dia hanya memakai subang itu ketika di rumah sahaja. Jika dia ingin menunaikan solat atau membuat persembahan dia akan menanggalkannya.

Kalau solat saya tanggalkan la anting-anting (subang). Kalau buat persembahan pun saya akan buka. Dekat rumah sahaja saya pakai.

Fuad menjelaskan isu itu ketika menjawab soalan daripada netizen sewaktu melakukan siaran langsung di laman TikTok bersama isterinya, baru-baru ini.

fuad rahman

Malah, Fuad juga berkata dia sudah mengurangkan jumlah subang yang digayakannya berbanding dengan beberapa tahun lalu.

Kini, penyanyi itu hanya mempunyai subang di bahagian telinga dan bahagian kening.

Dalam pada itu, Tom iaitu isteri kepada Fuad menyatakan netizen mungkin merasa terkejut kerana tidak pernah melihat suaminya memakai subang ketika menyertai sebuah pertandingan nyanyian sebelum ini.

Sekarang okay lagi, kalau dulu lagi penuh saya tindik subang, dekat tengah-tengah hidung ada, kawasan dagu pun ada.

BACA: “Bertatu Tak Semesti Jahil Agama” – Netizen Terkejut Dengar Fuad Rahman Mengaji, Merdu Sungguh!

Penjelasan Ulama Berkenaan Hukum Lelaki Menindik Telinga


Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata: Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang-orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (riwayat Bukhori).

Jadi, hukumnya haram bagi kaum lelaki memakai subang kerana ia dikira menyerupai wanita. Adapun bentuk-bentuk tertentu subang yang dipakai oleh lelaki tidak dapat mengecualikannya daripada dikira menyerupai wanita.

Kredit: TikTok | Muis

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas