Connect with us

Oh! Media

“Kalau Lagu Salah Memang Dia Jadi Macam-Macam Terkinja-Kinja, Kalau Lagu Biasa Mungkin Tak..”

Trending

“Kalau Lagu Salah Memang Dia Jadi Macam-Macam Terkinja-Kinja, Kalau Lagu Biasa Mungkin Tak..”

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah meluahkan rasa kecewa dengan reaksi segelintir penonton terkinja-kinja di Konsert Riuh Sokmo yang berlangsung di stadium mini Majlis Daerah Ketereh pada 16 hingga 18 September lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Baby Shima Tak Puas Hati PU, Ustaz Dan Ustazah Senyap Bila Konsert Di Kelantan Halal

Memetik laporan Astro Awani, beliau berkata tindakan itu mengecewakan apatah lagi ianya berlaku di negeri Kelantan. Namun, beliau mengakui perkara itu diluar kawalan kerajaan negeri.

Beliau menganggap apa yang berlaku adalah satu kesilapan dan berharap ianya dapat diperbetulkan di masa hadapan.

@sinarharianonline Warga maya kecam penganjuran Konsert Riuh Sokmo yang dilihat tidak cermin identiti negeri ‘Serambi Makkah’ #fyp #BuletinTikTok #BeritaDiTikTok #EntertainmentTikTok #KonsertRiuhSokmo #Kelantan #Konsert #Pas #KetuaPemudaPas #ustazfadhlishaari ♬ Satu Malam Di Temasek – Free Verse Challenge – Joe Flizzow

Kerajaan Kelantan bagaimanapun tak berhasrat untuk mengharamkan konsert di negeri itu. Pihaknya akan membuat garis panduan yang lebih ketat dan akan melihat kembali syarat-syarat kebenaran termasuk pemilihan lagu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Kalau lagu salah, lagu rock sebagai contoh, memang dia penyanyi dan penonton dia akan jadi macam terkinja-kinja. Tapi kalau lagu itu lagu yang biasa mungkin tak jadi terkinja kinja.

Tambah beliau, pihak berkuasa tempatan perlu lebih cermat dalam pemilihan konsep persembahan dan lagu-lagu.

Antara peraturan lain yang dikenakan ialah pengasingan penonton lelaki dan perempuan. Persembahan juga hendaklah sopan dan tiada pergaulan bebas.

Jelasnya, kalau diikutkan syarat sudah dipenuhi cuma reaksi penonton itu perlu diberi perhatian.

Dan saya rasa benda ini pihak penganjurlah yang perlu beri perhatian.

Beliau mencadangkan penganjur program sentiasa memberi peringatan kepada penonton supaya menjaga kelakuan semasa acara berlangsung.

Kredit: Astro Awani | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas