Connect with us

Oh! Media

“Kalau Lagu Ni Keluar Dulu, Mungkin Saya Sedih” – Ibu Shila Amzah

Ohmedia ibu Shila Amzah

Trending

“Kalau Lagu Ni Keluar Dulu, Mungkin Saya Sedih” – Ibu Shila Amzah

Ibu Shila Amzah terkejut lagu baru anaknya kisahkan bekas suami ND Lala. Kisah penceraiannya turut didedah.

Ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman mengakui terkejut apabila mendapat tahu lagu terbaru anaknya itu diinspirasikan daripada kisah rumah tangganya bersama bekas suami, Datuk ND Lala.

Menurut laporan mStar, Fauziah berkata dia pertama kali dengar lagu tersebut dalam kereta dan tidak menyangka lagu itu berkisahkan tentang kisah peribadinya.

Saya dah move on dan tidak fikirkan perkara itu lagi. Saya dah maafkan bekas suami.

“Kalau lagu ni keluar dulu, mungkin saya akan sedih…” – Fauziah

Ohmedia ibu Shila Amzah

Menurut Fauziah, jika lagu itu diterbitkan beberapa bulan selepas penceraian, mungkin dia akan berasa lebih sedih. Namun kini, segalanya sudah menjadi kenangan silam.

IKLAN

Kalau dia buat lagu itu selepas enam bulan saya berpisah mungkin saya akan sedih tapi sekarang dah tiada rasa.

Fauziah dan ND Lala bercerai pada 2 Ogos 2023 melalui rakaman suara di WhatsApp selepas lebih tiga dekad bersama dan dikurniakan empat cahaya mata.

“Malangnya kawan anak pula yang ambil suami kita” – Ibu Shila Amzah

Ohmedia fauziah Sarman

Kisah duka Fauziah semakin menyayat hati apabila dia turut mendedahkan bekas suaminya sangat mengongkong dan tidak membenarkannya berkawan dengan sesiapa pun, sehingga satu ketika hanya anak-anak yang menjadi teman.

Saya memang tak dibenarkan berkawan… Malangnya kawan anak pula yang ambil suami kita.

Ambil masa enam bulan untuk pulihkan semangat

Nd lala fauziah ohmedia

Fauziah mengakui ambil masa hampir enam bulan untuk pulihkan semangat selepas penceraian. Kini, hidupnya lebih tenang dan bahagia bersama anak-anak tersayang.

Pssttt! Kadang-kadang, muzik menjadi medium penyembuh luka. Yang penting, kita belajar untuk melepaskan dan terus melangkah ke hadapan dengan hati yang redha.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas