Connect with us

Oh! Media

“Kalau Anak Aku, ‘Auto’ Kena Tempeleng” – Gelagat Kanak-Kanak Lelaki Tunjuk Jari Hantu Bikin Netizen Geram

Trending

“Kalau Anak Aku, ‘Auto’ Kena Tempeleng” – Gelagat Kanak-Kanak Lelaki Tunjuk Jari Hantu Bikin Netizen Geram

‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’, itulah peribahasa yang sesuai digunakan ketika proses mendidik anak-anak yang masih kecil.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dia Tak Rasa Malu Ke?” – Wanita Bengang Pelanggan Lebih Berusia Panggil ‘Akak’, Minta Nilai Dulu

Ini kerana, anak-anak yang dididik dengan pelbagai aspek sedari usia yang masih muda akan lebih mudah dibentuk berbanding anak-anak yang sudah meningkat usianya.

Tunjuk isyarat jari hantu pada seorang peniaga

Tular di Twitter, satu video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang masih kecil melakukan perbuatan tidak beradab terhadap seorang peniaga yang lebih tua daripadanya.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna bernama @aaygx itu, dapat diliihat kanak-kanak itu menunjukkan isyarat jari hantu ke arah peniaga tersebut sambil didukung oleh seorang wanita yang dipercayai ibunya.

Apa yang mengejutkan netizen ialah, golongan yang lebih tua di dalam video tersebut dilihat hanya mentertawakan perbuatan kanak-kanak lelaki itu tanpa menegur atau memarahinya.

Bila orang gelak, lagi budak tu suka untuk buat

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen geram melihat situasi itu serta bengang dengan tindakan orang ramai yang hanya mentertawakan sahaja dengan perbuatan kanak-kanak lelaki itu.

Orang sekeliling pun boleh gelak je tengok situasi tu? Sebab tu jugalah kebanyakkan kanak-kanak sekarang ni macam kurang beradab.

Kredit: Twitter aaygx

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas