Connect with us

Oh! Media

“Kakak Jahidah Bukan Lagi Isteri Kau Jantan Dayus” – Adik

jahidah koma

Trending

“Kakak Jahidah Bukan Lagi Isteri Kau Jantan Dayus” – Adik

Adik kepada wanita dipukul suami sehingga koma, Fauziah Nordin mengesahkan kakaknya, Jahidah Nordin sudah sah bercerai dengan suami secara fasakh hari ini.

Di Facebook, Fauziah berkata kakaknya bukan lagi isteri kepada lelaki yang dianggapnya sebagai dayus.

jahidah nordin

IKLAN

Memetik laporan Kosmo!, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Hamizan Mohd. Nor membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan pada 1 Februari selepas berpuas hati dengan penyata keterangan bertulis adik mangsa sebagai penjaga ad litem.

Disebabkan keadaan Jahidah yang masih terlantar dan tak boleh hadir untuk perbicaraan, mahkamah telah melantik Fauziah sebagai penjaga ad litem.

322734850 1258644028063501 4950070947654695150 n

Sementara itu, Fauziah bersyukur kakaknya yang hampir dua tahun digantung tak bertali akhirnya bercerai dengan cara sah di sisi undang-undang.

Seorang suami sepatutnya menjadi penjaga dan pelindung isteri. Jika suami tidak lagi mampu menjalankan tanggungjawab, lepaskanlah isteri secara baik jangan dipukul seperti yang berlaku pada Kak Jahidah.

Jelasnya lagi, keluarga memang sudah menerima takdir yang menimpa Jahidah namun berharap ada pembelaan yang sewajarnya.

Suaminya, Rosmaini tak hadir ke mahkamah walaupun notis saman telah disiarkan di surat khabar pada 24 Februari lalu.

Kredit: Kosmo! | Facebook Fauziah Nordin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas