Trending
Kakak Berang Kena ‘Sound’ Dengan Haqiem Stopa, Dituduh Jadi Punca Tak Dapat Jumpa Anak
Katanya, mereka sudah tiga hari tak bertegur dan mahu Haqiem menganggap dirinya sudah mati.
Kemelut rumah tangga pempengaruh permotoran, Haqiem Stopa, terus menjadi perhatian warganet apabila kakaknya sendiri tampil membuka cerita di TikTok Story.
Pendedahan itu dibuat selepas timbul dakwaan bahawa Haqiem tidak dibenarkan berjumpa anaknya sendiri.
Dalam beberapa tangkap layar yang dikongsi, Haqiem atau nama penuhnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar memberi amaran kepada kakaknya agar tidak masuk campur dalam urusan rumah tangganya.
Haqiem ‘sound’ kakak kerana keruhkan keadaan

Dalam mesej itu juga, Haqiem dikatakan mengakui kesalahan sendiri sehingga rumah tangganya bergolak.
Namun, campur tangan kakak yang menyindir isterinya, Aireena Sofia mengeruhkan lagi keadaan.
Dakwanya, campur tangan itu membuatkan keadaan semakin tegang hingga menjejaskan haknya untuk bertemu anak.

Namun, kakak Haqiem didakwa kecewa kerana tindakannya mempertahankan adik sendiri tidak dihargai.
Dia tidak mahu Haqiem menjadi ‘gila’ gara-gara kecewa dengan seorang perempuan. Malah, dia mengaku sudah beberapa hari tidak bertegur dengan Haqiem disebabkan hal itu.
Pssttt! Bila ada konflik rumahtangga, sebaiknya orang luar termasuk ahli keluarga tak masuk campur. Bila dah jadi macam ni, tak pasal-pasal hubungan adik beradik pula renggang. Apa-apa pun diharapkan mereka dapat selesaikan isu dengan baik.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.