Connect with us

Oh! Media

Kaka Azraff Anggap Gerakan #Blockout2024 Beri Impak Positif

Kaka

Oh! Artis

Kaka Azraff Anggap Gerakan #Blockout2024 Beri Impak Positif

Isu gerakan #Blockout2024 di Malaysia makin panas dibualkan di media sosial. Tidak ketinggalan, penyanyi, Kaka Azraff juga tampil berikan pandangan tentang isu ini.

BACA: “Macam Aku Yang Bayar Letrik Rumah Kau”- Naim Daniel Melenting Kerana Diboikot?

Menurut laporan Xtra, penyanyi berkenaan menyokong tindakan untuk memboikot selebriti yang masih mempromosikan produk Israel.

IKLAN

Namun, Kaka berharap rakan artis yang lain tidak terasa dan tekesan dengan tindaknnya.

Kaka azraff

Saya sendiri sudah mula sekat artis-artis antarabangsa sebab enggan mereka meracuni fikiran saya.

Rasanya kita sudah terlampau terikut sangat cara barat. Kita kena ada identiti dan pegangan sendiri. 

Difahamkan penyanyi ini lantang bersuara tentang kekejaman yang berlaku di Palestin namun enggan mengulas lanjut tentang rakan selebriti yang masih giat promosikan produk berkenaan.

Baginya setiap orang ada alasan sendiri dan menghormati hak mereka untuk membuat pilihan.

Hanya Allah yang mengetahui dengan pasti apa yang ada di dalam hati mereka.

Bagus Kaka Azraff ni tak takut untuk bersuara demi saudara di Palestin. Semoga dia sentiasa dilimpahi rezeki.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas