Connect with us

Oh! Media

Sah Bercerai, Jutawan Malaysia Diarah Bayar Bekas Isteri Lebih RM10.5 Juta

Ohmedia mahkamah 2

Trending

Sah Bercerai, Jutawan Malaysia Diarah Bayar Bekas Isteri Lebih RM10.5 Juta

Rupa-rupanya kes ini merupakan salah satu kes tuntutan cerai berprofil tinggi di Malaysia.

Baru-baru ini, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan seorang ahli perniagaan bergelar jutawan membayar lebih RM10.5 juta terhadap bekas isterinya.

Lapor NST, tuntutan bekas isteri yang dikenali sebagai Chan ini merupakan salah satu kes cerai yang berprofil tinggi di Malaysia.

Bekas isteri menang tuntutan terhadap bekas suami

Mahkamah

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Evrol Mariette Peters pada 25 Mei lalu, selepas perbicaraan panjang selama 80 hari dengan 26 saksi dan lebih 16,000 dokumen dikemukakan.

IKLAN

Dalam penghakimannya setebal 167 muka surat, Peters menggambarkan bagaimana hubungan yang dahulu mewah dan penuh keterujaan akhirnya hancur dek perselisihan faham, tuduhan curang dan tekanan sosial.

Menurut hakim, pasangan ini kelihatan seperti pasangan ideal di mata masyarakat, namun realitinya mereka hidup dalam konflik yang semakin memburuk.

Hasil penelitian mahkamah, walaupun rumah tangga sudah lama tidak bahagia, si isteri tetap memilih untuk bertahan lebih dua dekad sebelum akhirnya memohon cerai.

Keputusan pemohon untuk kekal dalam perkahwinan lebih disebabkan oleh keinginan mengekalkan status sosial dan keistimewaan yang datang bersama gelaran isteri kepada responden.

Dalam prosiding tuntutan, bekas isteri turut menyertakan gambar-gambar menghadiri acara elit seperti Festival Filem Cannes dan bergambar bersama selebriti antarabangsa seperti Michael Kors, Kate Hudson dan ahli keluarga Kardashian.

Keengganan plaintif untuk menamatkan perkahwinan, walaupun jelas ia sudah runtuh, dilihat lebih kepada usaha untuk mengekalkan manfaat luaran tertentu berbanding niat ikhlas untuk berdamai atau memulihkan hubungan rumah tangga.

Ini menunjukkan bekas isteri menghargai status dan gaya hidup yang diperolehinya semasa berkahwin lebih daripada kebahagiaan hubungan itu sendiri.

Bekas suami kena bayar lebih RM10 juta

Mahkamah

Chan turut menuntut ganti rugi daripada dua wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan bekas suaminya.

Namun, mahkamah menolak tuntutan itu kerana kekurangan bukti kukuh. Rakaman rahsia kononnya mengandungi pengakuan bekas suami juga ditolak mahkamah.

Akhirnya, mahkamah mengarahkan bekas suami membayar RM6.72 juta kepada Chan sebagai nafkah isteri dan RM35,000 sebulan selama 16 tahun.

Selain itu, Chan turut menerima RM2 juta untuk bahagian rumah dan barangannya, RM1.04 juta atas sumbangan kepada perniagaan, RM450,000 daripada akaun KWSP bekas suami dan RM350,000 untuk membeli kenderaan baharu.

Namun, jumlah keseluruhan bernilai RM10.56 juta itu akan dibayar secara ansuran hingga Disember 2027.

Pssttt! Akhirnya bekas isteri menang juga dalam tuntutannya. Walaupun identiti tak didedahkan, kes ini menjadi perhatian kerana melibatkan dua individu yang berpengaruh dalam dunia perniagaan.

Kredit: NST
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas