Connect with us

Oh! Media

Julia Farhana Akui Masih ‘On-Off’ Bertudung Kerana Kerjaya

Julia farhana

Oh! Artis

Julia Farhana Akui Masih ‘On-Off’ Bertudung Kerana Kerjaya

Pelakon Julia Farhana akui dia masih dalam proses untuk memakai tudung dengan sempurna.

ADVERTISEMENT

Malah, Julia atau nama sebenarnya, Julia Farhana Marin berkata dia mula bertudung sejak empat tahun lalu tetapi tidak memakai sepenuhnya atas kerana kerjayanya.

Sebenarnya, orang tidak tahu saya sudah pakai hijab selama empat tahun secara ‘on-off’, cuma masih belum betul mengubah penampilan (sepenuhnya).

Disebabkan masih belum bersedia untuk menukar imej, saya sering buka tudung apabila masuk set penggambaran dan pakai semula selepas bekerja.

Namun, tahun ini saya tergerak hati untuk terus pakai dan mahu terus istiqamah.

Dalam pada itu, Julia juga berkata dia berharap diberikan ruang untuk memperbaiki dirinya dan menjadi muslimah yang lebih baik di masa hadapan.

Julia farhana

Meskipun sudah bertudung banyak lagi perkara saya tidak tahu dan saya masih dalam proses pembelajaran.

Selepas bertudung, ada orang tegur saya bahawa kaki juga aurat dan saya baru tahu perkara tersebut.

Saya akan tetap melakukan kesilapan dalam menutup aurat jadi beri saya masa untuk belajar menjadi lebih sempurna.

Tambahan, pelakon yang berdarah campuran Melayu-Itali tidak mahu bimbang urusan rezeki dalam dunia lakonan hanya kerana dia sudah bertudung.

Namun, Julia juga risau dengan tanggapan negatif orang ramai tentang keputusannya untuk bertudung dengan cara tersendiri.

Saya tidak bertudung sepenuhnya bukan risau mengenai karier kerana saya ada banyak punca pendapatan.

Namun, apabila ramai mengenali saya, lumrah orang akan tetap menghakimi dan pertikaikan semua perkara yang dilakukan.

Saya tidak mahu sebarang kontroversi melibatkan keluarga dan itu sebabnya saya tidak berkongsi perubahan imej secara terbuka sebelum ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas