Connect with us

Oh! Media

“Jualan Tadi Mencecah RM100k” – Datuk Red Aktif Live Di TikTok Demi Bayar Hutang

datuk red

Trending

“Jualan Tadi Mencecah RM100k” – Datuk Red Aktif Live Di TikTok Demi Bayar Hutang

Siapa sangka rezeki Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu melimpah ruah selepas tampil mencari pekerjaan di TikTok.

ADVERTISEMENT

BACA: “Rindulah Papa, Papa Ada Duit Ke?” – Anak Datuk Red & Adira

Suami kepada Adira ini difahamkan kini mencuba bisnes kecil-kecilan iaitu menjual biskut raya di aplikasi tersebut. Baru dilancarkan pada 1 April lalu, lebih 2,000 balang sudah terjual.

Lapor Kosmo!, biskut itu dijual pada harga RM35 sebalang dan kalau dikira lebih RM78,000 jualan setakat ini.

@dato..red Assalam…selamat berpuasa..sudila kiranya singgah live sya.. #niatbayarutang ♬ Tuhan Tak Pernah Janji – Jangan Pernah Menyerah – Debbie Great

Apabila berpeluang, Datuk Red tidak berputus asa membuat live menjual biskut raya dengan niat mahu melunaskan hutang.

Minta maaf saya selalu sangat live. InsyaAllah niat saya mencari rezeki. Penat belakang kira, memang niat saya bekerja demi nak menyelesaikan hutang.

Selain menjual biskut raya, Datuk Red juga dilihat mula menjadi live host menjual pelbagai barangan lain antaranya produk kecantikan, baju Melayu dan minuman berkhasiat dengan mama Neelofa.

@dato..red Live bersama mama neelofa @Noor Kartini Noor Mohamed petang tadi , terima kasih sahabat2 yg tak putus2 beri sokongan kepada saya, hanya Allah yy boleh membalas jasa semua , jualan tadi mencecah 100k , saya masih baru lagi dalam bidang ni harap dapat tunjuk ajar dari semua #datored #abgred #fyp #fypシ ♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami

Hasil live selama 40 minit bersama Jakel Textile, mereka mampu meraih lebih RM70,000 jualan. Manakala untuk promosi minuman berkhasiat Kucate bersama mama Neelofa pula, mereka berjaya membuat jualan lebih RM100,000.

Kredit: TikTok abgred | Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas