Connect with us

Oh! Media

PDRM Dan JPJ Tawar Diskaun Saman Sehingga 80%, Netizen Luah Rasa Teruja

Oh! Lifestyle

PDRM Dan JPJ Tawar Diskaun Saman Sehingga 80%, Netizen Luah Rasa Teruja

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memperkenalkan sebuah gagasan iaitu Konsep Keluarga Malaysia yang dipanggil Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari pada 22 Ogos yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Skim Bantuan Keluarga Malaysia Pula Akan Diberi Kerajaan Tak Lama Lagi

Antara intipati ia diperkenalkan adalah bagi menyeru rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dalam memulihkan semula negara serta merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Selain itu, orang ramai juga turut dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 9 hingga 12 Disember.

Lebih menarik, dalam program itu juga akan menampilkan persembahan kebudayaan, malam aspirasi seni, pameran dan jualan usahawan, program bantuan dan sebagainya.

Sempena AKM, PDRM dan JPJ tawar diskaun saman sehingga 80%

Sempena sambutan itu juga, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut hadir dengan tawaran pengurangan bayaran saman.

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh PDRM, bagi saman yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan ditawarkan diskaun sehingga 80 peratus dan sebanyak 70 peratus bagi kawasan selain daripada itu.

Manakala menerusi hantaran di laman Facebook JPJ pula, pihaknya akan memberikan pengurangan sehingga 80 peratus bagi saman yang boleh dikompaun sahaja kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

Bertanya mengenai pembayaran, orang ramai boleh hadir ke kaunter pengurangan saman di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang akan bermula pada Khamis ini sehingga Ahad pada pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Bagi JPJ pula, pembayaran juga dibuat di lokasi dan tarikh yang sama semasa program tersebut berlangsung serta boleh dibayar menerusi kaunter, kiosk dan Portal JPJ.

Selepas pengumuman itu dibuat, rata-rata netizen dilihat tidak ingin melepaskan peluang keemasan itu untuk melangsaikan saman-saman yang tertunggak selain menganggap pengurangan saman sehingga 80 peratus itu adalah cukup berbaloi.

Kredit: Facebook JPJ I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas