Connect with us

Oh! Media

JPJ Bakal Umum SOP Baru Untuk Kenderaan Perdagangan Mei Ini

JPJ Kenderaan berat

Trending

JPJ Bakal Umum SOP Baru Untuk Kenderaan Perdagangan Mei Ini

Susulan peningkatan kes kemalangan membabitkan lori dan kenderaan berat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal mengumumkan SOP dan garis panduan baharu pada Mei ini.

Menurut laporan Berita Harian, usaha ini bagi memperketat peraturan terhadap kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam melebihi 7.5 tan yang sering didapati memandu melebihi had laju dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

IKLAN

Perkara itu dikatakan sendiri Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli.

Kita sedang perincikan SOP dan tindakan terhadap pemandu yang langgar had laju. Mungkin akan diumumkan Mei nanti.

Larangan guna lorong kanan dan had laju lebih ketat!

Antara cadangan dalam SOP tersebut termasuklah:

  • Larangan kenderaan berat guna lorong kanan di lebuh raya dan jalan utama.
  • Tindakan tegas kepada pemandu yang memecut lebih had laju.
  • Peranan lebih jelas untuk penguat kuasa seperti JPJ dan PDRM.

Operasi Khas Raya JPJ tunjuk penurunan kes kemalangan

Menariknya, hasil Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA 2025), JPJ merekodkan penurunan kemalangan kepada 8,862 kes, berbanding 9,859 kes pada 2024. Malah, jumlah kematian turut menurun daripada 119 kes kepada 85 tahun ini.

Menurut JPJ, penurunan ini turut didorong oleh program advokasi keselamatan jalan raya yang dijalankan bersama agensi lain.

Pemandu kenderaan berat perlu lebih bertanggungjawab dan sedar akan impak pemanduan mereka di jalan raya. Jangan kerana kecuaian satu pihak, nyawa pengguna jalan lain jadi taruhan. Pandu cermat, ingat orang tersayang!

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas