Connect with us

Oh! Media

Johan Ghazali Bercinta Dengan Seorang Doktor? Netizen Makin Tak Keruan

Ohmedia copy of Untitled Design 5

Oh! Arena

Johan Ghazali Bercinta Dengan Seorang Doktor? Netizen Makin Tak Keruan

Atlet Muay Thai kebanggaan negara, Johan Ghazali atau lebih mesra disapa Jojo, sekali lagi jadi bualan netizen selepas dia memuat naik satu video mesra bersama gadis yang sama, Queenna Khan.

Dalam video yang dikongsi di TikTok, Jojo kelihatan selamba dan manja membiarkan dirinya ‘dirawat’ oleh Queenna, yang sedang memotong benang jahitan pada kecederaan dialaminya ketika bertarung di ONE 170 di Impact Arena, Bangkok baru-baru ini.

Video Jojo dan Queenna tular di media sosial

‘Date night‘ tulis Jojo ringkas di kapsyen, seakan memberi ‘hint’ hubungan istimewa mereka berdua.

IKLAN

BACA: “Lain Semua Boleh Pergi Mampus” – Jojo Bengang Dikritik ‘Coach’ Media Sosial Selepas Kalah

Segelintir netizen tak keruan

Seperti biasa, netizen pantas ‘membanjiri’ ruangan komen dengan pelbagai reaksi. Ada yang mendoakan cepat ke jinjang pelamin, dan ada juga yang berangan nak jadi Queenna sebab dipercayai gadis itu seorang doktor.

Screenshot
Screenshot
Screenshot
Screenshot

Sebelum ini, Jojo pernah berkongsi gambar bersama Queenna berbaju merah di TikToknya, mencetuskan spekulasi bahawa mereka memang ada hubungan istimewa. Tapi setakat ni, masih tiada pengesahan rasmi daripada Jojo sendiri.

Screenshot

#OhmediaNasihat

Dalam dunia sukan atau kerjaya yang penuh tekanan, sokongan daripada insan tersayang boleh menjadi pemangkin kejayaan. Seperti kisah Johan Ghazali yang dikaitkan dengan seorang doktor, ini menunjukkan betapa pentingnya pasangan yang memahami dan menyokong perjalanan hidup kita.

Namun, dalam menjalani kehidupan peribadi, ingatlah untuk menjaga privasi dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan besar. Perhatian netizen mungkin boleh memberi tekanan, tapi yang lebih utama adalah kebahagiaan dan kestabilan dalam hubungan itu sendiri.

Ohmedia copy of Untitled Design 5

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok Johan Ghazali


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Azhan Zamri
Azhan, seorang kreatif serba boleh di Oh! Media, mahir dalam pelbagai bidang termasuk videografi, suntingan video, penciptaan kandungan media sosial, dan penulisan. Dengan sentuhan kreatifnya, setiap visual dan cerita yang dihasilkan pasti memberi impak, menjadikan Oh! Media terus relevan dan menarik perhatian ramai!

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas