Connect with us

Oh! Media

jocelyn chia

Oh! Artis

Jocelyn Chia Kembali Aktif Di Media Sosial Tapi Masih Belum Mohon Maaf Seperti Tiada Apa Berlaku

Pelawak Singapura, Jocelyn Chia dilihat kembali aktif di Instagram selepas menaikkan beberapa posting Instagram Story. Sebelum ini, akaunya tidak aktif selepas digantung dan kini dia berkongsi punca mengapa ia berlaku.

BACA: Ini Teguran ‘Menusuk’ Waris Mangsa MH370 Buat Pelawak Singapura, Jocelyn Chia

IKLAN

Bagaimanapun, Jocelyn dilihat masih tenang seperti tiada apa yang berlaku dan masih belum membuat sebarang permohonan maaf kepada rakyat Malaysia mahupun waris mangsa MH370.

Jocelyn Chia nafi kabar angin tentang dirinya memadam akaun Instagram…

Sebenarnya akaun ini digantung kerana dikatakan menyamar sebagai selebriti. Siapa selebriti itu? Jawapannya Jocelyn Chia.

jocelyn chia

Dalam pada itu, Jocelyn turut berterima kasih kepada komuniti pelawak yang tetap menyokong dirinya tetapi tidak menyatakan secara terperinci siapa orang itu.

Kepada komuniti pelawak, terima kasih. Saya sayang kamu semua.

jocelyn chia

Terdahulu, Jocelyn telah mengundang kemarahan orang ramai terutama rakyat Malaysia dengan persembahan stand-up comedy yang dilakukannya di pentas Comedy Cellar, USA.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas