Connect with us

Oh! Media

Jiran Cerita Detik Adik-Beradik Terkena Renjatan Elektrik Depan Mata

Trending

Jiran Cerita Detik Adik-Beradik Terkena Renjatan Elektrik Depan Mata

Pagi tadi kita dikejutkan dengan pemergian tiga beradik perempuan yang terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka di Kampung Bendang, Kelantan. Dahlah rumah mereka dilanda banjir, kesiannya..

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Berita Harian, ketiga-tiga mangsa yang masing-masing berusia antara 20 hingga 27 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 11.45 pagi tadi apabila salah seorang daripada mereka dipercayai pegang tiang rumah sebelum dua lagi terkena renjatan elektrik.

Pada awalnya, jiran mereka, Che Zahiyah sempat bertanya kemana mereka ingin pergi dan salah seorang daripada mangsa sempat menjawab yang mereka ingin melihat air di dalam bilik tali air depan rumah.

Nor Syazwani berpegang pada tiang rumah saya dan tiba-tiba dia terus terjatuh sebelum badannya menjadi kejang dan tersentak sebelum Fatiah yang berada di belakang cuba membantu namun turut mengalami keadaan yang sama.

Sakinah yang berjalan di hadapan mereka berpatah untuk membantu dan turut terjatuh serta kejang seperti dua beradik itu.

Saya terus menjerit memanggil ahli keluarga lain dan suami segera mengambil kain sebelum cuba menyentuh salah seorang dari mereka dan turut terasa aliran elektrik menyebabkan dia berundur

Terdapat beberapa foto yang dikongsikan menunjukkan bapa mangsa kelihatan sangat lemah melihat anak-anaknya itu tidak bernyawa di depan rumah. Allahu..

Takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa dan semoga mereka tabah atas kehilangan tiga insan tersayang dengan sekelip mata.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas