Connect with us

Oh! Media

“Jika Terus Berebut Jawatan, Adakan PRU Segera” – Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali

Oh! Negara

“Jika Terus Berebut Jawatan, Adakan PRU Segera” – Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali

Sekiranya pemimpin-pemimpin terutamanya daripada parti kerajaan terus memainkan isu mengenai perebutan jawatan, Pilihan Raya Umum (PRU) wajar dipercepatkan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Lebih Baik Tangguh Dulu PRU-15” – KJ

Itulah pendapat yang dikeluarkan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali menerusi laman Facebooknya.

Menurut Khairuddin, beliau bimbang perkara itu akan memberikan kesan buruk kepada negara sekiranya ia terus dibiarkan.

Jika signal perebutan jawatan terus dipertonton maka sebaiknya PRU disegerakan kerana lagi lama berkerajaan nanti makin membengkak pula nanah yang boleh menjadi barah.

Mohd Khairuddin yang juga bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut berpendapat bahawa kerajaan sewajarnya memberi sepenuh fokus dalam menangani isu berkaitan ekonomi yang berlaku dalam negara ketika ini.

Fokus rakyat sekarang ialah kestabilan ekonomi pasca covid bukannya tuntutan jawatan dalam kerajaan. Pemimpin kerajaan perlu menunjukkan signal tersebut kepada rakyat.

Fokus pada penyelesaian inflasi sepertimana pasukan jihad inflasi yang diamanahkan kepada Tan Sri Annuar Musa bagus untuk kerajaan di mata rakyat.

Meskipun Khairuddin tidak menyebut nama mana-mana pihak, hantaran dibuatnya itu dipercayai merujuk kepada tuntutan dibuat Perikatan Nasional (PN) berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Untuk info, PN dikatakan sedang dalam pertimbangan untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan tidak memenuhi terma syarat yang terkandung dalam perjanjian yang dibuat dengan Perdana Menteri.

Kredit: Utusan Malaysia | Facebook Ust Dr. Khairuddin at-Takiri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas