Connect with us

Oh! Media

“Jenazah Terlangkup Dalam Air” – Seorang OKU Ditemui Lemas Berhampiran Rumah

Trending

“Jenazah Terlangkup Dalam Air” – Seorang OKU Ditemui Lemas Berhampiran Rumah

Selain dari keadaan di Selangor yang kian kritikal, negeri dari Pahang juga turut mendapat nasib yang sama apabila turut menghadapi bencana banjir dengan beberapa daerah yang terkesan.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Rumah Berlumpur Tapi Bilik Solat, Al-Quran Bersih Macam Tak Kena Banjir

Menurut data, jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat apabila merekodkan seramai 39,598 mangsa yang melibatkan sembilan buah daerah setakat ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A Rahman berkata, sebanyak 23 jalan di seluruh negeri telah ditutup kepada semua kenderaan berikutan dinaiki air.

Bagaimanapun, Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 68,368 mangsa banjir melibatkan 18,802 keluarga berada di 464 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.

Sembilan mangsa lemas direkodkan di Shah Alam

Sementara itu, berita sedih juga terpaksa menyelembungi masyarakat selepas polis mengesahkan terdapat sembilan mayat mangsa lemas ditemukan di sekitar daerah Shah Alam sejak kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, kesemua mangsa adalah terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita.

Tambahnya, kesemua kejadian lemas itu berlaku di Pekan Sri Muda, Persiaran Budiman, Seksyen 13, sekitar Seksyen 22, Seksyen 25 dan Seksyen 33.

ANTARA mangsa lemas yang ditemukan di Seksyen 22, Shah Alam kelmarin.

Seorang OKU lemas di Pahang, ditemui dalam keadaan menyayat hati

Namun, satu lagi insiden tidak diingini berlaku apabila seorang Orang Kurang Upaya (OKU) turut menjadi korban apabila ditemui lemas di Kampung Kuala Semantan Cheroh, Pahang sabtu lalu.

Menurut sumber, jenazah ditemukan di dalam air banjir berhampiran rumah keluarganya sebelum ditemui oleh masyarakat yang tinggal di kawasan setempat.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Zaki Yaacob turut ditemui dalam keadaan yang menyayat hati.

Superintendan Kama Azural Mohamed

Mayat mangsa yang merupakan OKU lembam ditemukan terlangkup di dalam air banjir berhampiran rumahnya dan telah dibawa ke balai polis Cheroh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub dan ujian Covid-19 ke atas mayat mangsa mendapati negatif.

Tambah Kama Azural, mangsa juga merupakan OKU fizikal yang mempunyai masalah lembab sejak lahir dan tinggal bersama kedua ibu bapanya.

Dalam kesempatan ini, kami dari pihak Oh! Media ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa serta menyeru orang ramai agar sama-sama mendoakan keselamatan mereka. Amin.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas