Connect with us

Oh! Media

‘Jenama Harimau Menangis Yang Dimohon Belum Diluluskan, Belum Jadi Hak Ekslusif’ – MyIPO

Trending

‘Jenama Harimau Menangis Yang Dimohon Belum Diluluskan, Belum Jadi Hak Ekslusif’ – MyIPO

Sejak kebelakangan ini, isu permohonan trademark yang dibuat syarikat milik ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini menjadi bualan hangat di media sosial. Menurut netizen, permohonan beliau dianggap menindas peniaga kecil yang turut menjalankan perniagaan serupa.

BACA: ‘Kami Mohon Maaf’ – Dakwaan Trademark Harimau Menangis, Ini Penjelasan Pihak Syarikat

Walau bagaimanapun, pihak syarikat menerusi sebuah kenyataan sudah menjelaskan mengenai permohonan yang dibuat. Pihaknya juga memohon maaf di atas ketelanjuran kata-kata di dalam video viral.

Terbaru, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah mengeluarkan kenyataan media memaklumkan permohonan cap dagangan harimau menangis masih dalam peringkat pemeriksaan.

Jelasnya lagi, permohonan daripada Noor Kartini untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis diterima MyIPO pada November tahun lalu. Sehingga kini, permohonan masih dalam peringkat pemeriksaan.

Oleh itu, jenama Harimau Menangis yang dipohon masih belum diluluskan dan belum menjadi hak ekslusif beliau.

Kata MyIPO lagi, kelulusan permohonan bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan pihaknya. MyIPO turut memohon Noor Kartini supaya tidak mendahului keputusan dengan mendakwa jenama Harimau Menangis sudah didaftarkan sebagai cap dagangan dan hak ekslusif beliau.

Selain itu, MyIPO turut menjelaskan beberapa kategori di bawah cap dagangan iaitu tanda, cap kolektif dan cap perakuan.

Kredit: MyIPO

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending

ITTIFY

To Top