Connect with us

Oh! Media

“Jarang Watak Gangster Guna Ayat Sopan” – Ayu Puteh Persoal Syarat Ketat LPF

Trending

“Jarang Watak Gangster Guna Ayat Sopan” – Ayu Puteh Persoal Syarat Ketat LPF

Sebelum ini, timbul isu membabitkan beberapa syarikat produksi filem yang mempersoalkan syarat ketat yang dikenakan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

ADVERTISEMENT

BACA: Dipersoal Tapis Ayat Kurang Sopan, TV3 Dedah Tiada Niat Sekat Kreativiti Produksi

Hal itu termasuklah beberapa adegan berunsur lucah serta penggunaan ayat yang kurang sopan perlu dipotong sekaligus didakwa menyekat kreativiti pembuat filem.

Lebih-lebih lagi ramai pengguna telah beralih kepada kandungan Platform Over The Top (OTT) yang memberikan pilihan kepada mereka memilih program tanpa tapisan.

Perkara itu sudah semestinya memberikan tekanan kepada penerbit tempatan yang terpaksa bersaing dengan OTT selain turut mengeluh dengan syarat LPF dan stesen TV yang dianggap tidak relevan.

Ayu Puteh anggap syarat sekatan tidak relevan

Bagaimanapun, penerbit dari Pencil Pictures, Datuk Ayu Puteh mengakui terdapat segelintir sekatan dari stesen TV dan LPF yang dianggap tidak relevan buat masa kini.

Beliau juga turut musykil selepas penonton kini bebas memilih program yang disiarkan di platfrom penstriman seperti Netflix yang menyajikan kandungan tidak bertapis.

Ujarnya, beliau memahami niat yang ingin disampaikan oleh stesen TV bagi memberikan contoh kepada kanak-kanak, namun mereka kini juga terdedah dengan platform lain yang tiada sekatan.

Datuk Ayu Puteh
Datuk Ayu Puteh

Kami tahu stesen TV mahu tunjukkan bahasa yang baik kepada penonton. Kita tahu apabila kanak-kanak yang menonton, mereka akan terikut menggunakan bahasa baik-baik.

Namun, kenyataannya, sekarang orang ramai menonton pelbagai drama dan filem di Netflix dan pelbagai platform lain yang memaparkan bahasa tanpa tapisan. Jadi, bagaimana pula keadaan itu?

Biar bahasa yang digunakan sesuai dengan watak lakonan

Selain itu, Ayu juga turut memberi contoh bagaimana seseorang yang memegang watak jahat perlu menggunakan ayat yang sopan ketika lakonan.

Gambar hiasan

Bagi saya, biarlah bahasa itu digunakan sesuai dengan watak. Jarang gangster bercakap dengan menggunakan ayat sopan.

Sama juga, tiada orang marah menggunakan bahasa elok. Contohnya, kalau cerita anak derhaka kepada ibu bapa, tak sampai impak dan emosi pelakon kalau menggunakan bahasa kurang padan.

Cadang pekerja LPF dari kalangan mereka yang berpengalaman

Walaubagaimanapun, Ayu tetap percaya akan LPF yang mampu dikemas kini syaratnya agar selaras dengan peredaran zaman.

Selain itu, beliau juga berpendapat agar individu yang bekerja di sebalik LPF perlulah dalam kalangan mereka yang berpengalaman serta faham akan situasi industri perfileman.

Individu yang bekerja di belakang LPF ini biarlah mereka yang berpengalaman. Sebaik-baiknya, individu yang memahami apa itu industri perfileman, janganlah ambil mereka yang tidak berkelayakan.

Kalau boleh, pilih individu yang benar-benar berminat dalam bidang kesenian. Saya sarankan, carilah individu yang di dalam pertengahan usia, tidak terlalu muda dan terlalu tua.

Menurutnya, pemilihan individu berpengalaman penting kerana boleh memahami zaman terdahulu dan kini serta berharap segala yang ditapis tidak bertentangan dengan logik akal.

Beliau juga turut mengakui LPF terdahulu jauh lebih teruk dan sekarang, mereka lebih mendengarkan pandangan penerbit filem dan melonggarkan beberapa syarat.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas