Trending
“Jangan Timbulkan Tuduhan Pada Sesiapa” – Ustaz Kazim Minta Henti Sebarkan Ukiran Wajah ‘Tukang Sihir’
Pada
Oleh
Kurang lebih sebulan yang lalu, kita digemparkan dengan keadaan penceramah bebas, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Eliaz yang semakin teruk akibat disihir oleh beberapa orang individu yang dipercayai mempunyai hasad dengki terhadap dirinya.
Terbaru, tular satu video di TikTok yang dimuatnaik seorang lelaki yang mendakwa dirinya seorang pengamal perubatan, berkongsi lakaran wajah beberapa individu yang dipercayai dalang kepada sakit misteri yang dihadapi Ustaz Kazim.

Menurut Kosmo, Ustaz Kazim yang terpanggil dengan perkara ini, tampil membuat kenyataan menerusi hantaran di Facebooknya.
Penceramah bebas itu meminta agar penyebaran lakaran wajah individu yang dikatakan menyihirnya itu dihentikan.
Saya dapat banyak kiriman daripada TikTok lakaran lukisan kononnya orang yang melakukan sihir.
Jangan menimbulkan tanggapan tuduhan kepada sesiapa pun dan perkara begini bukan daripada kaedah perawatan yang dibenarkan.
Saya berharap pemilik akaun berkenaan memadamkan gambar-gambar ini dan ianya tiada faedah sama sekali.
Difahamkan, hantaran yang dibuat Ustaz Kazim melalui Facebooknya itu telah pun dipadam selepas individu yang mendakwa dirinya seorang pengamal perubatan itu memadam video lakaran wajah yang mula tular di TikTok beberapa hari yang lalu.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pemergian seorang ibu pastinya meninggalkan kehilangan yang cukup besar buat anak-anak dan keluarga. Hargailah ibu bapa...
Mohd Shuhaily masih menjalankan tugas Ketua Pengarah AKPS kerana belum menerima arahan rasmi untuk kembali berkhidmat...
Diskaun tol 50% sempena Deepavali 2026 bermula 6 November selama dua hari. Semak tarikh, kategori kenderaan...
Da’i Syed dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan daripada pertuduhan merogol wanita pada 2019 menerusi keputusan majoriti...
Denda RM50 juta Najib Razak bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah dilaporkan...