Connect with us

Oh! Media

“Jagalah Isteri Sendiri”- Fazley Yakoob Nasihat Para Suami Jangan Sibuk Hal Rumah Tangga Orang

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 11 02t153239639

Trending

“Jagalah Isteri Sendiri”- Fazley Yakoob Nasihat Para Suami Jangan Sibuk Hal Rumah Tangga Orang

Cef selebriti, Dato Fazley Yakoob baru-baru ini tampil memberi teguran kepada para suami yang sudah berkahwin supaya tidak sibuk dalam kontroversi penceraian yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fazley berkata mereka tidak layak memberi nasihat kepada duda bagaimana cara untuk menjaga isteri.

Hantaran di Instagram Fazley Yakoob

Ujarnya, mereka sebaiknya menjaga isteri masing-masing dan tidak perlu untuk menjadi penceramah motivasi.

IKLAN

Kepada suami-suami yang masih berkahwin, tak perlu nak beri nasihat kepada duda-duda macam mana nak jaga isteri.

Nasihat saya, jagalah isteri sendiri.

Tak perlu jadi Pak Maon nak suruh kuatkan agama, dah macam ustaz skibidi bombom dan tak perlu jadi penceramah motivasi nak bagi 88 tips rumah tangga bahagia.

Katanya lagi, pasangan yang memilih jalan untuk berpisah bukanlah keputusan yang mudah. Semuanya sudah difikirkan.

Setiap penceraian pasti sudah difikir masak-masak dan sampai hangus sebelum membuat keputusan.

Sudah suratan atau kebetulan, ramai pula yang berpisah tahun ini. Bagi duda-duda ini ruang juga okay.

#OhMediaNasihat

Kadang-kadang, kita tak perlu sibuk jaga tepi kain orang lain. Fokus pada rumah tangga sendiri, jaga apa yang ada. Ingat, setiap orang ada sebab tersendiri dalam hidup mereka. Hormati keputusan orang lain, tak perlu jadi ‘ustaz motivasi’ yang bagi ceramah tak diminta.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 11 02t153239639

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram @fazleyyaakob


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas