Trending
Jabatan Imigresen Tumpaskan Sindiket Bawa Masuk Warga Asing Yang Menyamar Jadi Ahli Sukan
Baru-baru ini Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu operasi khas di Maluri, Kuala Lumpur dan telah berjaya menumpaskan satu sindiket yang membawaa masuk warga asing.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, berdasarkan risikan yang telah dijalankan pasukan operasi telah berjaya menahan tiga lelaki dipercayai warganegara Bangladesh.
Menerusi laporan Sinar Harian, dua lelaki yang ditahan tersebut memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), manakala seorang lagi telah tinggal lebih masa.
Turut ditahan di lokasi yang sama adalah 18 orang lagi lelaki warganegara Bangladesh dan kesemuanya berusia di antara 21 hingga 33 tahun.
Jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai 21 orang.
Pasukan operasi telah merampas sebanyak 18 pasport Bangladesh, wang tunai RM990 dan surat jemputan untuk menyertai pertandingan sukan berserta jadual pertandingan di negara ini yang dipercayai palsu.
Zakaria berkata, modus operandi sindiket adalah membawa masuk warganegara Bangladesh dengan menyamar sebagai ahli sukan.
Difahamkan, pihak sindiket juga telah menempah hotel bajet di Kuala Lumpur untuk warganegara Bangladesh tersebut sebelum tarikh perlawanan bagi menipu dan mengaburi mata pihak berkuasa.
Kesemua warganegara asing telah ditahan dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(3), Seksyen 15(4), Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peratutan-Peraturan Imigresen 1963.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 18 hours ago