Oh! Artis
“Mak Tak Tahu Orang Mengata, Hidupnya Seperti Biasa” – Nubhan
Nubhan berkata, ibunya tidak tahu dikecam netizen isu bercerai.
Konflik rumahtangga Nubhan dan bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek sehingga kini masih menjadi perbualan ramai.
BACA: Perkongsian Nubhan Mengenai ‘Amber Heard’ Undang Kecaman
Pelbagai spekulasi yang timbul sehingga ada yang mengecam ibu Nubhan, iaitu Badariah Omar atau lebih mesra disapa Mak Jenny.
Nubhan dedah Mak Jenny tak tahu isu tular
Terbaru, Utusan melaporkan ibu Nubhan sebenarnya langsung tidak mengetahui isu yang tular di media sosial sekarang ini.

Jelas Nubhan, ibunya yang kini berusia 80 tahun hanya menjalani kehidupan seperti biasa.
Mak saya tak tahu apa-apa. Dia di rumah cuma tonton televisyen. Itupun bila saya beritahu ‘mak, adik masuk GV, tolong doakan’. Mak tak tahu apa yang berlaku di media sosial, tak tahu orang mengata. Dia cuma tahu saya dan isteri sudah berpisah.
Tambah penyanyi lagu Kekasih Untukku itu lagi, ibunya dan tiga orang anak menjadi sumber kekuatan utama dalam fasa hidup yang mencabar ini.
Kekuatan saya adalah anak-anak dan mak saya. Kalau tak ada mereka, saya mungkin tak sekuat sekarang.
Nubhan yang kini menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim ke-12 mengakui bukan mudah untuk kekal fokus dalam pertandingan ketika isu rumah tangganya menjadi perhatian ramai.
Dia menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT. Dia hanya mampu berdoa semoga diberikan kekuatan dan semangat.
Pssttt! Kesian Mak Jenny terpalit sama dalam isu penceraian anak. Diharapkan netizen janganlah salah hentam ye, doakan je yang baik-baik.
Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.