Connect with us

Oh! Media

Saiful Apek Akui Dirinya Individu Dalam Video Ditahan Polis

Oh! Artis

Saiful Apek Akui Dirinya Individu Dalam Video Ditahan Polis

Tular baru-baru ini satu rakaman video memaparkan seorang lelaki dipercayai pelawak terkenal ditahan polis.

Kini teka-teki itu akhirnya terjawab apabila Saiful Apek tampil mengesahkan dirinya merupakan individu dalam video tersebut.

IKLAN

Saiful Apek ditahan sebab bergaduh?

Menurut pelawak legenda berusia 56 tahun itu, dia tidak menafikan bahawa gambar dalam video yang tersebar memang dirinya. Bagaimanapun, dia hanya memberikan penjelasan ringkas bahawa penahanan itu berpunca daripada satu pergaduhan.

Saya yakin dan pasti, itu adalah gambar saya. Sekarang, pastinya ramai tertanya-tanya apakah punca saya ditahan polis.

Apa yang boleh saya katakan, ia disebabkan isu pergaduhan. Itu sahaja yang boleh dikongsi, tunggu saya berikan penjelasan sepenuhnya nanti.- Katanya kepada BH Online.

Minta henti sebar cerita tak sahih…

Saiful dalam masa yang sama turut meluahkan rasa kesal apabila berita yang belum disahkan terus disebarkan secara meluas, sedangkan ramai yang tidak mengetahui hujung pangkal kejadian sebenar.

Kesimpulannya, bila kita buat baik, ramai yang diam. Bila buat silap, ramai berbunyi dan jika tak buat apa-apa, ada pula mula mereka-reka cerita.- Katanya.

Saiful dalam pada itu turut menggesa orang ramai agar tidak terburu-buru membuat andaian terhadap dirinya serta memberi ruang untuk dia tampil memberikan penjelasan penuh.

Tak perlulah nak buat andaian tak kira pihak mana sekalipun. Apapun tunggu saya berikan penjelasan selanjutnya. Jadi, tolonglah jangan sebar berita tidak sahih. Doakan yang terbaik buat saya.- Katanya lagi.

Pssttt! Apa jua situasi yang berlaku, kita sebagai masyarakat perlu lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat. Hormatilah privasi individu dan elakkan daripada menjadi penyebar cerita yang belum tentu benar. Beri ruang kepada mereka yang terlibat untuk tampil dengan penjelasan sebenar.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas