Connect with us

Oh! Media

Netizen Salahkan Didikan Ibu Bapa, Ini Sebab Sebenar Masya Masyitah Buka Tudung

Ohmedia masya Masyitah

Oh! Artis

Netizen Salahkan Didikan Ibu Bapa, Ini Sebab Sebenar Masya Masyitah Buka Tudung

Penyanyi Masya Masyitah tampil menjawab isu keputusannya yang memilih untuk tidak lagi memakai hijab.

Menerusi sesi siaran langsung di Instagram miliknya, dia berharap orang ramai tidak menunding jari dan menyalahkan kedua ibu bapanya susulan keputusannya itu.

Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff berkata keputusan untuk tidak lagi berhijab adalah pilihannya sendiri dan tidak disuruh oleh mana-mana pihak.

IKLAN

Itu (tanggalkan tudung) adalah pilihan saya sendiri. Kalau nak marah ke apa, marah pada saya.

Tak payah nak cakap mak saya pun ikut sama galak (mengada) dan jangan salahkan mak ayah saya.

Siapa kata ayah saya akan tanggung? Sendiri buat, saya sendiri lah tanggung.

Dalam pada itu, Masya turut berkata dirinya kini sudah tidak mahu lagi terlibat aktif dalam industri hiburan ini.

Saya nak hidup bebas, saya dah tak mahu jadi artis, tak mahu dunia glamour. Orang kata saya sendu, ya memang saya nak jadi sendu. Sekarang saya nak jadi orang biasa sahaja.

Screenshot 787

Malah, pelantun lagu Halimunan itu juga memaklumkan dia sering sahaja menerima pelbagai tawaran tetapi menolak kerana mahu berehat.

BACA: Masya Masyitah Pakai Baju Pendek Tunjuk Perut, Netizen Tegur Nampak Bulu Kaki

Terdahulu, keputusan penyanyi Masya Masyitah yang memilih untuk tidak lagi berhijab telah mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik beberapa foto yang tidak mengenakan hijab di Instagram miliknya.

Kredit: Instagram Masya Masyitah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas