Nama Kampung Sungai Baru sekali lagi menjadi bualan apabila Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengambil langkah tegas menyaman aktivis, Rafidah Ibrahim.
Lapor Sinar Harian, semua ini berpunca daripada kenyataan Rafidah yang didakwa mengelirukan orang ramai tentang status sebenar tanah di kawasan berkenaan.
IKLAN
Gagal hadir, risiko penghakiman ingkar
Dalam satu sidang akhbar, peguam Khalid, Zulhazmi Shariff berkata saman itu sudah cuba diserahkan kepada Rafidah melalui pelbagai cara.
Katanya, mereka terpaksa menggunakan kaedah lain seperti hebahan akhbar, tampalan di mahkamah dan di kediamannya selepas beliau menolak serahan terus.
Kami telah melakukan serahan ganti termasuk melalui siaran akhbar, tampalan di mahkamah dan di kediamannya. Mahkamah telah menetapkan 29 September ini untuk pengurusan kes, namun sehingga kini beliau masih gagal memfailkan kehadiran. Sepatutnya pada 12 September lalu beliau hadir, tetapi tidak. Oleh itu, kami akan memfailkan perakuan ketidakhadiran dan memohon penghakiman ingkar selain menentukan tarikh taksiran ganti rugi.
Zulhazmi pada masa sama turut menyeru agar Rafidah hadir ke mahkamah dan menjawab sendiri dakwaan yang sudah tersebar luas.
Dakwaan tanah ‘emas’? Khalid kata mengelirukan
Dalam perkembangan lain, Khalid menafikan dakwaan Kampung Sungai Baru adalah sebahagian daripada Tanah Rizab Melayu.
Katanya, kampung itu wujud selepas proses pelurusan sungai sekitar 1960-an dan status tanahnya hanyalah pajakan 99 tahun.
Tambah Khalid lagi, dakwaan Kampung Sungai Baru adalah tanah emas mengelirukan dan tidak pernah disertakan dengan bukti kukuh.
Geran Kampung Sungai Baru adalah pegangan pajakan (leasehold) selama 99 tahun, sedangkan Enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS) digubal pada awal 1900-an. Maka, adalah mustahil Kampung Sungai Baru termasuk dalam kawasan MAS.
Pssttt! Kes ini bukan sekadar soal peribadi, tetapi turut menyentuh kepentingan penduduk Kampung Sungai Baru. Semoga perbicaraan nanti dapat merungkai kebenaran sebenar dan tidak terus menimbulkan keraguan.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini:
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM