Connect with us

Oh! Media

Isu Kompaun RM 1,500, 6 Pelajar Matrikulasi Perak Tak Perlu Bayar Apa-Apa

Trending

Isu Kompaun RM 1,500, 6 Pelajar Matrikulasi Perak Tak Perlu Bayar Apa-Apa

Berhubung kes enam pelajar Kolej Matrikulasi di Perak yang tular dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamaruddin mengatakan bahawa kes tersebut sudah diselesaikan.

ADVERTISEMENT

BACA : Pelajar Dikompaun Sebab Tak Pakai Mask, Individu Dedah Situasi Sebenar

Memetik laporan Berita Harian, pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan pihak kolej, Pusat Kesihatan Kampar dan Pengarah Kesihatan Perak dan membuat keputusan pelajar terlibat tidak perlu membayar kompaun yang dikenakan.

Untuk makluman, merkea tidak perlu membayar apa-apa pun dan saya beri jaminan kes ini akan selesai-katanya. 

Keputusan yang dicapai dan mendapat kerjasama semua pihak ini sangat baik dan membantu pelajar yang datang dari keluarga asnaf

Menurutnya, isu ini tidak perlu diperbesar lagi memandangkan pelajar-pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan sekaligus memberi ruang kepada mereka untuk fokus terhadap peperiksaan tersebut.

Beliau menasihatkan agar semua pihak sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang wabak Covid-19.

Terdahulu, dilaporkan enam orang pelajar Kolej Matrikulasi Gopeng dikenakan kompaun RM 1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dan meletakkannya di bawah dagu. Hal itu menyebabkan pelajar berkenaan kecewa kerana kompaun yang dikenakan terlalu tinggi sedangkan elaun yang mereka terima untuk tempoh enam bulan hanya RM 1,250.

Kredit : Berita Harian

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas