
Trending
Isteri Pelawak Akan Dikenakan Tindakan Tatatertib Kerana Sebar Maklumat Dalaman
Baru-baru ini rakyat Malaysia digemparkan dengan isu seorang pelawak dan isterinya yang merupakan seorang anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan IPD Shah Alam.
BACA: “Digari Bersama Isteri Kenangan Tak Akan Dilupakan” – Pelawak Mamat Sepah
Laporan terkini mengatakan tiada sebarang pertuduhan yang dibuat ke atas pasangan itu, namun isterinya akan dikenakan tindakan tatatertib.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Kesimpulannya, jangan sesekali menyebarkan maklumat dalaman berkaitan PDRM di aplikasi media sosial.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: – Buletin TV3
