Connect with us

Oh! Media

Isteri Hamil Mengidam Nak Pegang Pinggang Abang Uniform, Suami ‘Sporting’ Siap Rekod

mengidam

Trending

Isteri Hamil Mengidam Nak Pegang Pinggang Abang Uniform, Suami ‘Sporting’ Siap Rekod

Biasa kita dengar ibu hamil mengidam nak makan pelik-pelik kan? Tapi lain pula kisah kali ni apabila ibu hamil mengidam nak pegang pinggang anggota tentera.

ADVERTISEMENT

Yang lagi best, suaminya tu sporting je layan kerenah isteri siap tolong rakam video. Kejadian ini dipercayai berlaku di negara seberang iaitu Indonesia.

@_hanatuh istri ngidam kok gini banget 😄 #istri #ngidam #aneh #istringidam ♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto

Haih macam-macam peel ibu mengandung ni kan? Siap sanggup tunggu dekat tepi demi nak tunaikan hajat mengidam. Apa istimewanya pinggang abang askar laut tu guys?

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan netizen. Ada yang terhibur dan tak kurang juga yang menegur supaya menjaga batas agama.

hamil
mengidam

Dari segi hukum agama, wajib ke suami tunaikan permintaan isteri mengidam? Baca penjelasan Ustaz Azhar Idrus ini.

Hukum suami tunaikan

Para ulama menjelaskan bahawa para suami adakalanya wajib menunaikan apa yang diidamkan oleh isteri yang hamil dan adakalanya sunat dan kadang-kadang hukumnya haram.

Jika apa yang diidamkannya itu adalah termasuk nafaqah kebiasaan seperti makan minum maka hukumnya adalah wajib atas suami menyediakannya.

Jika ia di luar dari nafaqah seperti mengidam mahu makan aiskrim atau main buaian contohnya atau lainnya, maka sunat dan sebaiknya suami tunaikannya.

Idaman yang tidak boleh ditunaikan

Idaman yang boleh membahayakan nyawa atau kesihatan isteri dan bayi maka tidak boleh suami tunaikan seperti isteri yang mengidam mahu melakukan selpie dengan buaya atau terjun dari tempat yang tinggi atau mahu berlumba motor atau mahu makan sesuatu yang sangat manis sedangkan isteri ada penyakit kencing manis dan semisalnya maka tidak harus suami tunaikan.

Begitu juga tidak boleh ditunaikan jika isteri mengidam melakukan sesuatu yang salah dan dosa seperti mengidam mahu pakai pakaian ketat pergi ke pantai atau mengidam mahu tidur selama sehari sampai meninggalkan solat atau seumpamanya.

Kredit: TikTok @_hanatuh | Facebook Ustaz Azhar Idrus

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas