Connect with us

Oh! Media

“Insya-Allah Saya Mampu” – Ibu Tiri Urus Bisnes Tudung Siti Sarah

bisnes tudung sarah

Trending

“Insya-Allah Saya Mampu” – Ibu Tiri Urus Bisnes Tudung Siti Sarah

Pejam celik pejam celik, rupanya sudah dua bulan pemergian penyanyi kesayangan ramai, Siti Sarah Raisuddin. Pemergian Siti Sarah sememangnya meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada ahli keluarga terdekatnya bahkan peminat turut merasai kehilangan.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Sengaja Main Lagu ‘Birthday’, Reaksi Bapa Siti Sarah Undang Sebak Netizen

Terbaru, Harian Metro melaporkan, Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Siti Fatimah Suberi kini menggalas tugas menguruskan perniagaan tudung milik penyanyi itu.

ibu tiri sarah

Menurut Siti Fatimah atau Makde, perniagaan tudung itu adalah usaha samanya bersama arwah sebelum ini.

Walaupun arwah sudah tiada, tapi dia buat saya jadi kuat dan tak boleh duduk diam. Saya perlu jaga perniagaan yang arwah bangunkan selama ini.

Jelasnya, walaupun Sarah sudah tiada, dia tidak boleh membiarkan kakitangan syarikat itu terabai. Selagi mampu, dia akan berusaha sebaik mungkin.

Cepat betul masa berjalan. Kalau kira-kira sudah dua bulan Sarah pergi tinggalkan kita semua. Rindu usah cakaplah. Rasanya setiap hari masuk pejabat mesti tenung gambar Sarah.

Seperti mana impian arwah semasa hidup, Makde berkata dia ingin perniagaan itu terus maju. Dia memohon doa orang ramai agar dia berjaya menjalankan perniagaan dengan baik.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas