Connect with us

Oh! Media

Institut Memandu Dibuka Semula Bermula Khamis Secara Janji Temu

Trending

Institut Memandu Dibuka Semula Bermula Khamis Secara Janji Temu

Keluhan rakyat mengenai kesukaran memperolehi lesen memandu akhirnya didengari apabila Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara dibenar beroperasi ketika tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara janji temu, bermula Khamis ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Boleh Rentas Negeri, Tapi Aktiviti Berkumpulan Perlu Dielak?

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan, walaupun Institut Memandu (IM) sudah beroperasi, proses pengujian untuk mendapatkan lesen bermula pada 17 September.

menteri pengangkutan
Kredit Foto: Bernama

Jelasnya, keputusan itu diambil bagi membolehkan IM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersedia sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit berkaitan kesan negatif kepada calon.

Dalam kenyataan itu, Menteri Pengangkutan berkata, pekerja, tenaga pengajar dan calon yang sudah lengkap vaksinasi perlu mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 dan kad pengenalan sebagai bukti.

institut memandu

Syarikat pula hanya dibenar beroperasi berdasarkan peraturan pekerja yang sudah lengkap divaksin. Sekiranya, peratusan pekerja lengkap vaksin adalah 40 peratus maka kapasiti pekerja dibenarkan adalah sebanyak 60 peratus sahaja.

Jika lengkap menerima vaksin pada kadar 60 peratus, maka 80 peratus pekerja mereka dibenarkan beroperasi. Syarikat hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh (100 peratus) sekiranya kadar vaksinasi pekerja sudah mencapai 80 peratus.

Walau bagaimanapun, kakitangan atau calon bergejala, berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), individu di bawah pengawasan (PUS) atau menjalani kuarantin tidak dibenarkan hadir ke IM atau ILP.

Selain itu, kementerian turut memberi moratorium selama tiga bulan bagi pembaharuan permit Institut Memandu bagi mana-mana tempoh sah lakunya yang tamat antara Januari hingga September ini.

Beliau berharap pembukaan semula ILP ini dapat memberi kelegaan kepada pengusaha, tenaga pengajar dan calon yang memerlukan khidmat lesen memandu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas