Connect with us

Oh! Media

Insta Famous Kantoi Scam Orang Akibat Show Off Banyak Duit Di Media Sosial

Oh! Artis

Insta Famous Kantoi Scam Orang Akibat Show Off Banyak Duit Di Media Sosial

Dalam minggu ini kita dikejutkan dengan penangkapan beberapa individu yang bergelar Datuk yang ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam aktiviti Cuci Duit yang juga memiliki kehidupan yang sangat mewah. 

ADVERTISEMENT

Jadi, Ohmedia tertarik dengan satu perkongsian dari Facebook Xoul Qeff Liey yang menceritakan tentang kehidupan seorang Insta famous bernama Ramon Olorunwa Abbas atau terkenal dengan nama Ray Hushpuppi. 

 

Menurut perkongsian itu, Ray adalah seorang rakyat Nigeria dan selalu menunjukkan kekayaannya di Instagram yang akhirnya menarik perhatian pihak FBI untuk menyiasat.

Ikuti perkongsian penuh di bawah: 

Dengan menggunakan nama gelaran di laman sosial Instagram miliknya iaitu Hushpuppi yang mempunyai 2.5 juta pengikut, beliau ini tampak sering berkongsi kehidupannya yang serba mewah. 

Hampir setiap hari dia berkongsi koleksi kenderaan mewah miliknya, ke tempat-tempat mewah di serata dunia dengan menaiki jet peribadi, dan membeli beberapa jam tangan berjenama mewah.

Dia juga sering membeli belah pakaian yang berjenama ribuan dollar. 

Pokoknya apa sahaja keluaran terbaru terutama yang keluaran terhad dari jenama mewah akan dibelinya. Sehinggakan dia menggelar dirinya sebagai “Billionaire Gucci Master”. 

Kerana sering berkongsi segala kemewahan yang dimilikinya di Instagram, secara tidak sedar dia telah menarik minat pihak FBI untuk mengenali siapa dirinya.

Dia sering memberitahu segala kemewahan yang dia ada ini datang dari hasil perniagaannya tetapi dia tidak pernah memberitahu apa jenis perniagaannya kepada umum. 

Selama 4 bulan, pihak FBI mengekori dan memantau segala pergerakannya melalui instagram miliknya (Hushpuppi) itu.

Akhirnya, kecekapan pihak FBI telah dapat mengetahui bahawasanya Hushpuppi adalah seorang “scammer” dalam talian. 

Abbas mempunyai rangkaian pasukan yang terdiri seramai 12 orang. Modus operandi Abbas dan pasukannya adalah menghantar e-mail palsu ke beberapa buah pasukan bola sepak dan bintang-bintang bola sepak yang tertumpu di Liga Perdana Inggeris di UK. 

Dengan menggunakan kepakarannya, mereka berjaya masuk ke dalam data peribadi perbankan pasukan dan pemain tersebut. Mereka juga mempunyai kepakaran dalam memindahkan wang yang telah di scam itu ke beberapa akaun palsu mereka di beberapa buah negara di serata dunia hanya dengan transaksi dalam talian. 

Mereka berjaya memindahkan wang-wang tersebut berjuta-juta dollar setiap hari.

Setelah pihak FBI mempunyai cukup bukti, mereka dengan kerjasama Police Dubai merancang penangkapan ke atas Abbas di tempat kediamannya di sebuah kediaman mewah di pusat bandar Dubai. 

 
 

Operasi khas itu dinamakan “Operation Fox Hunt 2”.

 

Abbas dan beberapa orang rakannya berjaya ditangkap pada malam ketika dia sedang tidur.

Police Dubai juga telah membuat video khas pada malam operasi penangkapan Abbas itu.

Kini Abbas atau Hushpuppi serta rakan subahatnya telah dihadapkan di mahkamah DOJ di New York, Amerika Syarikat atas perbuatannya. 

Apa yang menarik, Abbas juga pernah tinggal di Malaysia untuk beberapa ketika.

Bergitulah pengakhiran seorang “Insta Famous” dengan kehidupan yang serba mewah tetapi palsu.

Perkongsian penuh Xoul Qeff Liey.

Pengajaran yang dapat kita lihat di sini, jangan sekali-kali percayakan orang dengan hanya melihat kemewahannya di media sosial. Selidik dan kenalilah perniagaan mereka dahulu sebelum melakukan apa-apa perjanjian mahupun kerjasama dalam perniagaa.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



 

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas