Connect with us

Oh! Media

Inkues Zara Qairina: Ubat Antisawan Dikesan, Tiada Kecederaan Alat Sulit

Ohmedia ibu zara qairina

Trending

Inkues Zara Qairina: Ubat Antisawan Dikesan, Tiada Kecederaan Alat Sulit

Tiada dadah ditemui dalam tubuh Zara Qairina, tapi ubat Phenytoin dikesan pada buah pinggangnya.

Kisah kematian tragis seorang remaja, Zara Qairina Mahathir terus mendapat perhatian apabila hasil bedah siasat mendedahkan tiada sebarang dadah terlarang ditemui dalam tubuhnya.

Memetik laporan Sinar Harian, Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu berkata, ujian makmal bagaimanapun mengesan kewujudan ubat jenis Phenytoin (ubat antisawan) dalam tisu buah pinggang arwah.

Phenytoin biasa digunakan untuk pesakit epilepsi

Zara Qairina

Jelas beliau lagi, ubat tersebut lazim digunakan untuk merawat penyakit epilepsi. Ia juga sering diberikan kepada pesakit yang mengalami kecederaan otak traumatik teruk sebagai langkah pencegahan sawan.

IKLAN

Analisis toksikologi di Jabatan Kimia tidak mengesan sebarang dadah biasa dalam sampel hati si mati. Namun, Phenytoin dikesan dalam tisu buah pinggang.

Dalam keterangannya di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Dr Jessie turut memaklumkan beberapa sampel telah diambil semasa proses bedah siasat termasuk tulang sternum, tulang rusuk, kuku jari tangan, calitan faraj, dubur serta perineum untuk tujuan profil DNA.

Tiada kecederaan pada bahagian sulit arwah

Zara

Pemeriksaan turut dilakukan pada bahagian alat kelamin luaran, selaput dara, saluran faraj, perineum dan dubur arwah.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan tidak menunjukkan sebarang kesan pembengkakan, lebam, koyakan atau kecederaan, malah keadaan selaput dara didapati masih utuh.

Tambahnya lagi, sampel hati dan buah pinggang juga dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis dadah dan toksikologi.

Semua spesimen diserahkan kepada pegawai penyiasat bersama dokumen rasmi berkaitan untuk siasatan lanjut.

Pssttt! Semoga inkues ini memberi jawapan jelas kepada keluarga arwah dan orang ramai yang menanti penjelasan sebenar di sebalik tragedi ini.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas