Connect with us

Oh! Media

Ini Sebab Mengapa Pemilik Kelab Chelsea Disekat Kerajaan UK

Ohmedia chelsea

Trending

Ini Sebab Mengapa Pemilik Kelab Chelsea Disekat Kerajaan UK

Makin menjadi-jadi pula bila hal sukan nak dicampur adukkan dengan isu politik. Terbaru, jutawan Rusia yang juga pemilik kepada kelab Chelsea turut disekat kerajaan United Kingdom.

Sekatan itu dikenakan ke atas pemilik Chelsea, Roman Abramovich selepas disenaraikan sebagai individu dibekukan aset berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Disebabkan pembekuan aset itu, jutawan dari Rusia ini dilarang memasuki Britain dan menjalankan sebarang urusan perniagaan di sana.

IKLAN

Keputusan kerajaan Britain ini juga membuatkan Abramovich memutuskan untuk menjual kelab Chelsea minggu lalu. Beliau membeli The Blues pada tahun 2003 dan bertanggungjawab membawa kelab itu berjaya hingga ke peringkat domestik dan Eropah.

Bagaimanapun, skuad The Blues yang akan berdepan Norwich dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi ini tetap diteruskan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas