Connect with us

Oh! Media

Ini Rupanya Pemilik Superyacht Lalu Sungai Perlis, Miliki Kekayaan RM890 Juta

superyacht

Oh! Gear

Ini Rupanya Pemilik Superyacht Lalu Sungai Perlis, Miliki Kekayaan RM890 Juta

Kecoh semalam tentang Superyacht yang lalu sungai Perlis. Rata-rata nelayan dan penduduk Kuala Perlis juga terkejut melihat kapal layar mewah besar yang tiba berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis semalam sebab jarang-jarang berlaku.

ADVERTISEMENT

Nama kapal layar mewah ni, Adastra dan diambil dari bahasa Latin bermaksud ‘menuju ke bintang-bintang’. Harga Adastra ni ketika dijual bernilai RM44.5 juta dan kos operasi dia sahaja mencecah RM4.45 juta setahun. Memang dalam mimpilah orang biasa macam kita ni nak beli. Huhu..

Ramai tanya, siapa pemilik kapal layar ni unik dan futuristik ni?

Ia dibina oleh McConaghy Boats untuk seorang baron perkapalan di Hong Kong dan mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan.

Sudah memiliki perniagaan mega sejak 1973

Memetik laporan portal superyacht sedunia, pemilik asal kapal layar mewah ini adalah Antony Marden, 73 tahun dan mempunyai beberapa perniagaan seperti Fenwick Shipping, Magsaysay Transport and Logistic Group dan banyak lagi.

Syarikat beliau boleh dikatakan hanya melibatkan perkhidmatan logistik, pengantaran kontena dan pelancongan. Beliau juga mempunyai bunker marin, pembaikan dan perkhidmatan marin serta perundingan marin.

Nilai kekayaan Antony untuk semua perniagaan ni dianggarkan sebanyak USD200 juta atau RM890 juta.

Sekarang Antony lebih gemar meluangkan masa bersama keluarga dengan berlayar dan kini memiliki beberapa pulau persendirian di Pulau Pangkil, Indonesia dan resort butik Pulau Joyo di Kepulauan Riau.

Mahu jual kapal layar mewah viral

Bagaimanapun, Antony pada tahun 2019 pernah mengeluarkan kenyataan untuk menjual kapal layar mewah terbabit pada harga USD12 juta (RM53.44 juta). Laman jual beli kapal layar mewah, Boat International bagaimanapun menunjukkan harga yang lebih murah iaitu pada sekitar USD10 juta (44.5 juta).

Kredit: Superyacht | Boat International

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas